Syafiqah hadiahkan emas pertama silat

Syafiqah hadiahkan emas pertama silat

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Atlet pencak silat negara, Nur Syafiqah Hamzah, menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia selepas menjuarai acara tunggal puteri pada Sukan Sea Thailand, hari ini.

Syafiqah, 31, mencatatkan markah 9.960 untuk menewaskan wakil Brunei, Nur Wasiqah Aziemah Rosihan yang meraih 9.920 pada aksi final.

Kejayaan itu menjadi lebih manis apabila Syafiqah sebelum itu menyingkirkan juara dunia dari Indonesia, Puspa Arumsari, pada peringkat separuh akhir.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top