Syak ada unsur jenayah, ibu Syamsul Haris mohon perintah kubur anak digali semula, jalankan bedah siasat kedua

Syak ada unsur jenayah, ibu Syamsul Haris mohon perintah kubur anak digali semula, jalankan bedah siasat kedua

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

ajohari@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Ibu Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, memohon perintah supaya kubur anaknya digali semula bagi dijalankan bedah siasat kedua.

Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, juga memohon perintah bagi mengarahkan Peguam Negara menjalankan satu Inkues bagi menyiasat punca kematian anaknya.

Menurut Ummu Haiman dalam alasan permohonan itu, beliau percaya terdapat unsur jenayah dalam kematian anaknyaapabila menerima pelbagai percanggahan pada alasan dan punca kematian.

Beliau memfailkan notis usul di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam, supaya perintah itu dikeluarkan terhadap Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail

dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar yang dinamakan sebagai responden, dan pihak berkaitan.

Ummu Haiman turut memohon supaya pendengaran permohonan notis usul beliau disegerakan melalui perakuan oleh peguamnya, Datuk Naran Singh, kerana percaya terdapat unsur jenayah dalam kematian anaknya apabila menerima pelbagai percanggahan pada punca kematian.

Allahyarham Syamsul Haris dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Selangor, pada 29 Julai lalu.

Ummu Haiman memohon perintah bagi mengarahkan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur melakukan satu bedah siasat semula ke atas jasad anaknya dalam tempoh 14 hari selepas ia dikeluarkan.

Ia hendaklah dijalankan

dengan kehadiran Pakar Forensik Datuk Seri Dr Bhupinder Singh dan turut dihadiri Naran atau wakil daripada firma guaman Tetuan Naran Singh & Co.;

Beliau juga memohon perintah bagi mengarahkan pakar forensik yang menjalankan besah siasat mengeluarkan laporan dalam tempoh satu bulan dari tarikh ia dijalankan dan satu salinan laporan diberikan kepada

peguamnya.

Turut dipohon, perintah yang mengarahkan Ketua Pengarah Bahagian Siasatan jensyah untuk melantik satu pasukan baharu dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mengambil alih tugas seperti yang dilakukan di dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir.

“Alasan bagi permohonan ini, bedah siasat tidak dilakukan oleh pakar forensik hospital tetapi hanya dilakukan oleh Dr George Sixtus Fernandez Jr yang merupakan Pegawai Perubatan gred UD10 sahaja.

“Saya percaya terdapat unsur jenayah dalam kematian anak saya apabila menerima pelbagai percanggahan pada alasan dan punca kematian.

“Sagadan keluarga tidak dapat melihat keseluruhan jasad Allahyarham semasa berada di Jabatan Forensik dan semasa jasad dimandikan dan dikapankan.

“Jasad Allahyarham juga telah dibawa keluar di dalam keranda yang tertutup dan hanya apabila dipaksa oleh sayauntuk membuka penutup keranda, hanya bahagian muka sahaja yang dibuka dan ditunjukkan,” katanya.

Pada 12 Ogos lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata jawatankuasa khas yang diwujudkan di bawah Kementerian Pertahanan bagi menyiasat kes kematian Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, akan membuat kajian dan memastikan laporan lengkap dapat disediakan dalam kadar segera berhubung kematian pelajar itu.

Zambry berkata, KPT tidak melindungi mana-mana pihak dalam siasatan kematian Allahyarham dan sudah mengarahkan UTM memberi kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa siasatan.

Jawatankuasa berkenaan turut membabitkan beberapa kementerian lain, termasuk Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, KPT tidak akan melindungi sesiapa sekiranya wujud unsur yang tidak baik dalam kejadian itu.

Ends…

From: Joe

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top