Pelakon dan pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof yang kini berdepan konflik rumah tangga dengan isterinya, Ira Kazar baru-baru ini kembali berkongsi perkembangan terkini di media sosial sehingga menarik perhatian ramai.
Dalam satu hantaran di Instagram, Syamsul dilihat sudah kembali bekerja dengan wajah ceria bersama beberapa individu lain. Kehadiran semula ke set penggambaran membuatkan ramai rakan artis teruja.
“Been on ma grind cuz”- Syamsul Yusof nampak lebih muda dan ceria lah…
Di ruangan komen, rakan-rakan artis meluahkan rasa gembira melihat pengarah filem KL Gangster ini kembali aktif, walaupun masih berdepan kemelut rumah tangga.

Sebelum ini, Syamsul telah memfailkan perceraian terhadap Ira kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Beliau bersedia melepaskan isterinya pada 27 Ogos lalu, namun perkara tersebut terpaksa ditangguhkan kerana Ira telah melantik peguam bagi urusan berkenaan.
Kes penceraian mereka kini ditetapkan untuk sebutan semula pada 25 September di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira menggemparkan industri hiburan apabila mereka berkahwin di Selatan Thailand pada 6 Januari 2023.





