Syarikat Taiwan Beri Bonus 20 Bulan Gaji Kepada Pekerja | Oh! Media

Syarikat Taiwan Beri Bonus 20 Bulan Gaji Kepada Pekerja | Oh! Media

Sebuah syarikat gergasi perkapalan dari Taiwan sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memberikan bonus akhir tahun sebanyak 20 bulan gaji kepada pekerjanya.

Kita mungkin menganggap pemberian seperti ini mustahil, namun inilah ganjaran yang diterima oleh pekerja syarikat Evergreen Marine Corp (EMC) selepas prestasi cemerlang syarikat itu pada tahun 2024.

Syarikat kembali untung, raih pendapatan luar biasa

Kredit foto: Logistics Asia

Menurut laporan daripada Taiwan News, berita ini diumumkan pada hari terakhir tahun 2024 dan mencetuskan kegembiraan yang luar biasa kepada para pekerja syarikat pengendali rangkaian logistik global itu.

Jelas faktor utama pemberian bonus ini adalah keuntungan besar syarikat. EMC mencatatkan prestasi cemerlang bagi tiga suku pertama tahun 2024 dengan pendapatan NT$347.76 bilion (RM47.56 bilion) dan keuntungan bersih NT$108.75 bilion (RM14.84 bilion).

Ini menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan yang sebenarnya sangat tinggi, iaitu 67.98% bagi pendapatan dan 239.40% bagi keuntungan bersih.

Bonus berbulan bukan perkara baru bagi syarikat Evergreen

Kredit foto: Logistics Asia

Untuk pengetahuan korang, pada tahun 2022, Evergreen pernah memberikan bonus yang tidak masuk akal sebanyak 52 bulan gaji kepada pekerjanya, menjadikan ia salah satu ganjaran terbesar dalam industri perkapalan ketika itu.

Namun pada tahun 2023, keuntungan syarikat mula menurun. Evergreen hanya mampu memberikan bonus sekitar 4 hingga 6 bulan gaji, pemberian ini jauh lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pada tahun 2024, mereka kembali mencipta rekod baru dengan pemberian bonus lebih 20 bulan.


Scroll to Top