Pelakon Syatilla Melvin mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga solat dan memperbaiki hubungan dengan Allah selagi masih diberi peluang untuk bernafas.
Hargai peluang perbaiki diri
Screenshot
Menerusi hantaran di Threads, Syatilla menegaskan bahawa tujuan utama manusia di dunia adalah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba, termasuk menunggu dan menjaga solat lima waktu.

“Pekerjaan sebenar manusia di dunia adalah menunggu solat 5 waktu,” ciapannya, hari ini.
Dalam perkongsian berasingan, Syatilla turut menyeru agar individu yang masih diberi kesempatan hidup tidak mensia-siakan peluang tersebut untuk kembali bertaubat ke jalan yang lebih baik.

“Yang masih diberi kesempatan bernafas ketika ini, kembalilah pada Allah dengan mendirikan sembahyang. Antara benda yang aku paling-paling bersyukur sampai saat ni adalah Allah bagi aku umur panjang untuk aku improve connection aku dengan Dia,” kongsinya.
Menurutnya lagi, setiap insan perlu bermuhasabah dan tidak mengambil ringan soal ibadah kerana tiada siapa tahu bila ajal akan menjemput.
Screenshot
“Bayangkan Dia ambil kita dalam keadaan lalai? Tak kasihan mak ayah, anak-anak kita… nauzubillah. Kita masih ada peluang!” ujarnya lagi.
Artikel lain: “Jangan berkira bab makan” – Syatilla Melvin pegang nasihat Shaheizy Sam, anggap jamu tetamu asbab ke Syurga
Terdahulu, aktres itu berkongsi satu pesanan bermakna yang sering diingatkan oleh suaminya, Shaheizy Sam, khususnya dalam hal melayan tetamu dan keluarga.
Syatilla berkongsi pesanan suaminya yang menekankan agar tidak berkira dalam hal memberi makan dan menurutnya, Shaheizy Sam sering mengingatkan bahawa soal rezeki tidak seharusnya dihadkan apabila melibatkan orang tersayang.
Sumber: Threads samtilla




