Syatilla Melvin & Shaheizy Sam bersyukur sambut ‘anniversary’ ke-7 di Tanah Suci

Syatilla Melvin & Shaheizy Sam bersyukur sambut ‘anniversary’ ke-7 di Tanah Suci

Pasangan pelakon, Syatilla Melvin dan suaminya, Shaheizy Sam meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila diberi kesempatan untuk menunaikan umrah bersama-sama.

Menerusi perkongsian Syatilla di Instagram, dia mengatakan bahawa kehadirannya ke Tanah Suci kali ini begitu bermakna kerana dapat menyambut hari ulang tahun perkahwinan  yang ketujuh sekali gus hari kelahirannya di hadapan Kaabah.

“Allahuakhbar… alhamdulillah syukur utk rezeki luar biasa ini ya Allah

Bersaksikan kaabah, berhadapan pintu kaabah dan multazam, engkau rezekikan kami utk menyambut ulang tahun perkahwinan kami ke 7 ya Allah

Moga terkabul segala hajat dan doa kami. Takkan lupa sampai mati” tulisnya.

Perkongsian tersebut telah mendapat respon daripada kenalan dan peminat pasangan ini yang tidak henti-henti mengucapkan ‘happy anniversary’ kepada Sam dan Tilla.

Dalam pada itu, mereka turut mendoakan agar pasangan pelakon ini mendapat umrah yang mabrur dan segala urusan mereka di Tanah Suci dipermudah.

 

Untuk rekod, Shaheizy Sam telah mendirikan rumah tangga dengan Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin pada 8 Februari 2016. Hasil perkongsian hidup selama 7 tahun mereka telah menerima 3 orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 6, dan Sarima Samhiezy, 3 dan Salama Samhiezy, 1.

Sumber: Instagram Syatilla Melvin