Syed Saddiq Dedah Sikap Bella Astillah Yang Disorok

Syed Saddiq Dedah Sikap Bella Astillah Yang Disorok

Oh! Artis

Syed Saddiq dedah Bella Astillah sering bantu penduduk Sabah secara senyap tanpa tunjuk di media sosial.


Kalau korang sangka selebriti kita hanya tahu hidup glamor dan viral, korang mungkin belum kenal sisi sebenar Bella Astillah. Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, berkongsi satu sisi berbeza tentang Bella yang ramai tak tahu langsung.

Saddiq berkongsi perkara itu dalam satu podcast di mana ketika itu beliau dan Bella dalam misi bantuan ke Sandakan, Sabah.

Apa yang mengejutkan, penduduk di situ beritahu bahawa Bella sebenarnya selalu datang bantu mereka, tapi langsung tak pernah cerita di media sosial.

Syed Saddiq

Ketika kami ke Sandakan untuk menyampaikan bantuan di sebuah perkampungan, orang-orang di sana kongsikan kepada saya bahawa Bella sering turun ke sini.

Tetapi saya tak nampak Bella kongsikan tentang perkara ini.- Kata Saddiq.

Bella Astillah tak mahu kongsi sebab takut orang salah faham…

Syed Saddiq

Bila ditanya kenapa tak pernah kongsi di media sosial, Bella mengakui dia takut orang akan salah faham dan pertikai keikhlasannya. Dia hanya mahu bantu kerana niat, bukan untuk publisiti.

Sebelum berkenalan rapat dengan Saddiq, saya tak ada keberanian untuk post sebab saya tahu orang akan bercakap. Saya tak suka sebab saya betul-betul ikhlas.

Tetapi selepas awak beri saya nasihat, saya lebih nampak kebaikan.- Kata Bella.

Perkongsian ini sebenarnya menyentuh hati ramai yang mendengarnya. Dalam dunia yang penuh dengan ‘content untuk views’, masih ada orang macam Bella yang buat baik dalam diam.

Pssttt! Ohmedia salute dengan Bella sebab tetap pilih untuk bantu orang walaupun tak dicanang satu dunia. Tapi dalam masa yang sama, tak salah pun nak kongsi kebaikan kalau niat tu betul. Korang pun, kalau buat benda baik, jangan takut nak tunjuk, mana tahu boleh jadi inspirasi kepada orang lain juga.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top