Susulan beberapa tangkap layar tular di media sosial membabitkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang didakwa kononnya saling berbalas mesej bersama wanita lain ketika sedang hangat bercinta bersama penyanyi, Bella Astillah, pengurus peribadinya akhirnya tampil memberikan respons.
Perkara itu timbul selepas seorang individu mendakwa, dia memiliki beberapa bukti berupa tangkap layar mesej antara Syed Saddiq dan wanita berkenaan.
Malah, individu yang dikenali sebagai @daddyrealfacts itu sanggup mendedahkan beberapa lagi bukti jika dia menerima seratus ulang siar hantaran berkenaan.

Enggan isu tular berkenaan semakin hangat diperkatakan, Amir Fiqri atau lebih dikenali sebagai Jack akhirnya tampil memberikan kenyataan.
Tegasnya, dia meminta individu berkenaan segera menghentikan naratif berkenaan sekali gus menegur tindakan individu itu agar tidak menggunakan akaun palsu untuk menyebarkan kontroversi.

Menerusi hantaran berlainan pula, Jack memaklumkan, tindakan ‘mengugut’ untuk mendedahkan lebih banyak bukti bukanlah sesuatu yang wajar, malah dilihat sebagai cubaan mencetuskan provokasi.
“Kalau sini ada butang repost seribu kali dan like, nescaya aku orang pertama yang buat.
“Tak payah ajak orang lain nak spill konon-konon tu. Nak scriptwriter pun boleh bagi sekali. Cuma, nak pisahkan orang dengan cara ni? Fikir dalam-dalam bos,” tegurnya.






