Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berlepas ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah bersama adiknya, penyanyi Didi Astillah.
Menerusi perkongsian jenama fesyen Primavalet menerusi hantaran di Instagram pada awal pagi tadi, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menemani Bella di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
“Semoga @bellaastillah mendapat umrah yang Mabrur. Alhamdulillah rezeki ramai yang sayang & doakan Bella,” tulis pengendali akaun jenama fesyen terbabit di ruangan kapsyen.
Dalam video terbabit, Bella dan Syed Saddiq yang merupakan duta kempen Hari Raya jenama fesyen terbabit turut dirakam bergambar bersama anggota keselamatan di KLIA.


Di ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat Syed Saddiq menemani Bella sehingga ke KLIA.
Dalam pada itu, peminat juga mendoakan agar Bella dan Didi mendapat umrah mabrur.




