Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjawab tuduhan bahawa dirinya menjadi punca trend pihak lelaki berucap sewaktu majlis pertunangan tanpa diwakili sesiapa sehingga ia tular di media sosial.
Saya tak bercakap waktu majlis ye
Menerusi rakaman video satu temu bual yang dikongsikan semula akaun Thread nurrazie131, Syed Saddiq menjelaskan bahawa beliau sama sekali tidak melanggar adat pertunangan.
“Saya tak berucap ya di majlis tunang, saya berucap selepas majlis dah habis. Segala-galanya dah habis,”
“90 minit saya tunggu di dalam kereta tengok siaran langsung je,” ujarnya.
Dituduh jadi punca
Perkara itu dinyatakan beliau selepas tular satu hantaran dibuat netizen menuduhnya menjadi punca berlaku trend pihak lelaki berucap di majlis pertunangan tersebut.

Dalam pada itu, Syed Saddiq juga memaklumkan ucapan tersebut dibuat secara spontan tanpa sebarang skrip dan memasuki majlis berkenaan selepas semuanya selesai.
Jelasnya, beliau memasuki ruangan berkenaan bagi sama-sama meraikan hari bahagia dengan keluarga selepas proses menyarung cincin dan ucapan daripada wakil pihak lelaki dan wanita selesai memberi ucapan.
“Sebab itu ucapan tiada teks. Masuk tu sebab semua dah habis, sepatutnya ‘happy-happy’ je,” tambahnya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial apabila satu video memperlihatkan seorang lelaki hadir di majlis pertunangan dan memberi ucapan kepada pihak perempuan tanpa diwakili ahli keluarga.
Dia juga membawa sekali tujuh bentuk cincin serta memaklumkan jumlah mas kahwin yang diberikan kepada bakal isteri.
Perkara itu menjadi perdebatan di media sosial apabila ada pihak yang merasakan ia seperti tidak menghormati adat lebih-lebih lagi sebagai seorang yang berbangsa Melayu.
Sumber: Thread nurrazie131



