Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak sulung kepada penyanyi, Bella Astillah iaitu Mohamed Ayden Adrean.
Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story, Syed Saddiq berkata, meskipun Ayden baru berusia lapan tahun, namun dia sudah mampu untuk menyertai pertandingan perlumbaan triathlon pertamanya walaupun hanya menjalani latihan selama dua bulan sahaja.
Malah, Ayden juga kelihatan berani dan berkeyakinan menjawab soalan yang diajukan oleh pihak media.
“The real champiaon of the day, Ayden.
“Walupun baru berusia lapan tahun namun dia sudah mampu menyertai perlumbaan triathlon selepa dua bulan menjalani latihan.
“Jawab soalan bergaya dan penuh keyakinan,” katanya menerusi kapsyen pada video berkenaan.
Malah, dalam hantaran sama juga, Syed Saddiq turut memuji anak kedua Bella iaitu, Ara Adreanna apabila kanak-kanak berusia enam tahun itu sudah mampu merakam video abangnya dengan baik ketika ditemu bual media.
“P/s Ara, baru berusia 6 tahun tapi dia yang ambil dan rakam video ini. She must have been inspired by her brother,” tambahnya.
Terdahulu, Syed Saddiq dan Ayden antara peserta yang turut bertanding bagi kategori masing-masing dalam acara 113 International Triathlon Desaru Malaysia 2025 yang berlangsung pada Ahad.