Syed Saddiq Ucap Terima Kasih Kepada Bella Astillah

Syed Saddiq Ucap Terima Kasih Kepada Bella Astillah

Oh! Artis

Syed Saddiq dan Bella Astillah jayakan projek korban dan sumbangan RM100,000 di Muar.


Sambutan Aidiladha tahun ini jadi lebih bermakna buat penduduk Muar apabila pelbagai sumbangan istimewa disampaikan hasil inisiatif bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, dengan kerjasama selebriti Bella Astillah.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Syed Saddiq menzahirkan ucapan terima kasih kepada Bella Astillah atas usaha murni yang menjayakan projek amal ini.

Sumbangan Syed Saddiq dan Bella Astillah bernilai ratusan ribu ringgit buat warga Muar


Bella Astillah

Melalui kolaborasi bersama TeaLive, PrimaValet dan PTTI, pelbagai bantuan telah disalurkan kepada masyarakat setempat. Antara sumbangan yang berjaya disalurkan termasuk 10 ekor lembu korban, 1,000 minuman percuma, 350 bakul makanan, tuisyen percuma bernilai RM100,000 dan komputer riba bernilai RM20,000.

Truly inspired by the meaningful efforts to give back to the people of Muar.- Tulis Syed Saddiq dalam kenyataan di perkongsian tersebut.

Inisiatif yang dijalankan ini turut mendapat perhatian netizen kerana menyentuh keperluan asas dan pendidikan golongan yang memerlukan.

It’s heartening to see real impact being made through thoughtful leadership and genuine care for the community.- Tambah Syed.

Mereka turut berharap usaha sebegini dapat diteruskan oleh semua pihak demi memanfaatkan masyarakat secara berpanjangan.

Pssttt! Usaha seperti ini patut dicontohi lebih ramai selebriti dan pemimpin muda. Ketika ramai sibuk dengan urusan peribadi, masih ada yang menjadikan musim Aidiladha sebagai platform untuk memberi dan membantu masyarakat secara menyeluruh.

Kredit: Instagram Syed Saddiq
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top