Syifa Melvin Rimas, Minta Individu ‘Stop’ Periksa Telefon Bimbit Suami Demi Kesihatan Mental – “Dah Kahwin Atau Belum, Tolong Jangan Biasakan Benda Ni”

Pelakon Syifa Melvin meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir netizen yang suka memeriksa telefon bimbit suami mereka.

Kata Syifa, tindakan sedemikian adalah tidak sihat memandangkan ia boleh mengganggu perhubungan pasangan suami isteri berkenaan.

“Boleh tak jangan biasakan benda ni? Periksa-periksa telefon aku rimas sungguh tau.

“Kahwin ke belum, anda kena ingat benda ni tak sihat. Tak payah periksa kalau dia buat benda tak elok banyak cara lain Allah akan tunjuk. Lagi anda periksa, lagi dia rasa anda tak percaya dia lepastu dia stress buat dekat belakang anda pula,” katanya.

Syifa yang juga isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid ini berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi sesi soal jawab di platform media sosial miliknya.

Mengulas lanjut, Syifa berharap agar mana-mana pihak tidak melakukan perkara sedemikian demi menjaga perhubungan dan kesihatan mental diri sendiri.

“Jangan cari penyakit. Jaga mental sendiri tapi bukan dengan cara macam tu,” jelasnya.

Scroll to Top