Personaliti media sosial, Syifa Melvin akhirnya membuat laporan polis terhadap individu yang menghina anak lelakinya, Saif Sulaiman.
Menurut laporan mStar, sebelum ini terdapat seorang pengguna Instagram dengan nama “Nur Lily Ilyani” menyamakan wajah anak Syifa dengan haiwan.
Perbuatan tersebut mencetuskan kemarahan Syifa sehingga dirinya berjanji tidak akan berlembut jika bersemuka dengan individu tersebut.
Syifa Melvin dah buat laporan polis

Menerusi Instastory, Syifa memberitahu yang dia telah membuat laporan polis walaupun baru pulang dari Bukit Tinggi, Pahang.
Maaf lambat buat laporan polis sebab baru turun dari Bukit Tinggi, Pahang. Esok saya pergi MCMC pula sebab malam dah tutup.
Bukan tu jer, Syifa juga memaklumkan yang dia akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjejaki individu yang berselindung di sebalik akaun palsu.
Syifa meminta bantuan orang ramai untuk mengenal pasti pelaku agar tindakan undang-undang dapat diambil.
#OhmediaNasihat
Media sosial seharusnya digunakan untuk menyebarkan kebaikan, bukan menghina atau menyakitkan hati orang lain. Sikap membuli siber tidak hanya mencetuskan kemarahan, tetapi juga melanggar undang-undang.
Sebagai pengguna media sosial, kita perlu bertanggungjawab atas apa yang kita katakan. Fikir dahulu sebelum menaip, dan elakkan menyebarkan kebencian. Hormati privasi dan perasaan orang lain. Jika berhadapan dengan buli siber, jangan takut untuk mengambil tindakan undang-undang seperti yang dilakukan oleh Syifa Melvin.





