
Qabil Irfan Azlan selepas mengungguli perlumbaan ketika di Litar Kart Ricardo Tarmo, Valencia, Sepanyol pada Khamis.
“SYUKUR, alhamdulillah rezeki saya menang tahun ini…
Itu reaksi pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan selepas lagu Negaraku berkumandang di Litar Kart Ricardo Tarmo, Valencia, Sepanyol pada Khamis.
Qabil Irfan sebelum itu mencipta sensasi apabila merangkul gelaran juara keseluruhan Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol pada Khamis.
“Minggu ini agak mencabar buat saya bermula sesi latihan sehingga ke perlumbaan sebenar, syukur alhamdulillah saya dapat menjuarai perlumbaan di Sepanyol.



