Tabby Dolla Mohon Jangan Kaitkan Selebriti Lain Isu Berpakaian Seksi Dalam MV

Tabby Dolla Mohon Jangan Kaitkan Selebriti Lain Isu Berpakaian Seksi Dalam MV

Sejak kebelakangan ini, nama kumpulan Dolla menjadi tumpuan hangat gara-gara isu berpakaian seksi dalam muzik video (MV) lagu terbaharu mereka berjudul Question.

Susulan itu, menerusi platform X, ahli kumpulannya, Tabby atau nama lengkapnya, Tabitha Ariel Lam memohon peminat mereka untuk tidak mengaitkan isu tersebut bersama selebriti lain.

“Tolonglah bersikap baik kepada artis lain. Kami semua hanya cuba hasilkan muzik yang kami suka dan nak berikan sesuatu yang menggembirakan peminat,” katanya.

Dalam masa sama, Tabby turut meluahkan rasa terharu dan menzahirkan penghargaan buat peminat mereka yang tidak henti menyokong.

“Kami sayang iDolla. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama kami,” katanya lagi.

Sebelum ini, pendakwah selebriti, Ustazah Asma’ Harun secara terbuka menegur penampilan Dolla dalam MV lagu tersebut yang disifatkan tidak sesuai dan mencolok mata.

Bukan itu sahaja, MV tersebut turut menerima teguran daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang telah menyuarakan kebimbangan khususnya dalam peenampilan artis beragama Islam.

Mengambil maklum mengenai teguran tersebut, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia telah menurunkan video tersebut di seluruh platform digital.

Artikel Berkaitan: “Pakaian Ketat Melekat, Singkat & Terbuka”- Ustazah Asma’ Harun Tegur Kumpulan Dolla, Dakwa Makin Ghairah & Memalukan

Artikel Berkaitan: Dolla Lancar Single Baharu ‘Question’, Angkat Kisah Pengkhianatan, Patah Hati & Kekuatan Diri

Scroll to Top