KEMAJUAN teknologi yang serba canggih saban hari sememangnya memudahkan urusan harian bagi setiap individu.
Peranti seperti tablet mudah alih menjadi antara teknologi yang semakin mendapat perhatian hasil daripada keupayaan teknologi itu dalam meningkatkan produktiviti kerja harian.
Namun begitu, memilih tablet yang sesuai dan bertepatan dengan gaya hidup kadangkala agak merunsingkan.
Terdapat beberapa ciri yang harus dititikberatkan ketika memilih tablet yang sesuai dengan kegunaan harian individu.
Reka bentuk
Ciri pertama yang harus diberi perhatian ketika pemilihan tablet pastinya reka bentuk yang nipis dan kompak bagi memastikan pengguna berasa lebih selesa ketika melakukan pelbagai tugasan melalui peranti mereka.
Keluasan skrin turut menjadi kayu ukur bagi menjamin produktiviti apabila menjalankan pelbagai tugasan.
Saiz paparan
Bagi memberikan keselesaan buat mata setiap kali menggunakan tablet, pertimbangkan saiz paparan, resolusi dan tahap kecerahan skrin.
Saiz dan resolusi skrin akan menentukan betapa mudah atau sukarnya untuk membaca teks pada peranti selain menjamin kesihatan mata pengguna.
Aksesori sokongan
Antara ciri lain yang harus diberi perhatian adalah aksesori yang menyokong fungsi-fungsi utama peranti tablet seperti pensel dan papan kekunci pintar.
Ia bagi memberikan keselesaan berganda serta pengalaman penggunaan teknologi yang dipertingkatkan buat pengguna.
Antara peranti yang memenuhi kesemua ciri keperluan semasa pengguna masa kini pastinya tabket HUAWEI MatePad Pro 13.2.
HUAWEI MatePad Pro 13.2

HUAWEI MatePad Pro 13.2 menawarkan reka bentuk estetik dengan berat hanya 580 gram, iaitu lebih ringan daripada kebanyakan tablet 13 inci yang ada di pasaran.
Dengan ketebalan hanya 5.5mm, peranti ini menjadi antara tablet ternipis dan peling diantara tablet berskrin besar di pasaran Malaysia.
HUAWEI MatePad Pro 13.2 direka dengan paparan OLED fleksibel besar pertama dalam industri yang menampilkan paparan penuh dengan nisbah skrin-ke-badan 94 peratus luar biasa dengan bezel nipis berukuran 3.4mm mengelilingi paparan penuh simetri.
Ia sekali gus menjadikan tablet ini sebagai tablet dengan bezel paling tipis yang menggunakan paparan OLED fleksibel besar dengan kadar segar semula 144Hz.
Selain itu, HUAWEI MatePad Pro 13.2 menggunakan teknologi paparan HUAWEI X-True™ yang menekankan ciri pembiasan warna tepat disertakan dengan teknologi Gamut Warna P3 dan diiktiraf TÜV Rheinland Low Blue Light serta Flicker-Free untuk perlindungan mata.
Dari segi pemilihan warna pula, HUAWEI MatePad Pro 13.2 didatangkan dengan dua pilihan warna menarik iaitu hitam keemasan dan warna hijau yang sama diperkenalkan pada peranti HUAWEI Mate60 Pro.
HUAWEI M-Pencil generasi ketiga stylus NearLink

Menariknya, HUAWEI turut memperkenalkan HUAWEI M-Pencil generasi ketiga, peranti pengguna pertama di dunia yang dikuasakan oleh Teknologi NearLink sebagai aksesori tambahan utama kepada tablet ini.
HUAWEI M-Pencil generasi ketiga ini direka khas untuk mengesan setiap pergerakan kecil supaya dapat memberi peningkatan kecekapan tenaga sebanyak 60 peratus, selain menawarkan kadar penghantaran data enam kali lebih cepat dengan jangkauan liputan dua kali lebih luas.
Teknologi NearLink ini menyokong ketersambungan antara peranti sebanyak 10 kali lebih tinggi berbanding Bluetooth.
Keupayaannya untuk mengesan sebarang pergerakan ini mampu meningkatkan tahap sensitiviti tekanan daripada 4,096 kepada lebih 10,000 dengan latensi serendah 0ms pada stylus.
Ia menjadikan penggunaan HUAWEI M-Pencil menjadi lebih cekap dan lancar dalam apa jua keadaan sekalipun.
Papan Kekunci Magnetik Pintar HUAWEI

Bagi memberikan pengalaman menggunakan tablet yang sama seperti komputer, HUAWEI MatePad Pro 13.2 turut dilengkapi dengan Papan Kekunci Magnetik Pintar Huawei serba baharu bagi memberi kemudahan buat pengguna.
Ia adalah papan kekunci magnetik yang boleh ditanggalkan serta disesuaikan dengan tiga mod iaitu Laptop Form, Split Form serta Studio Form.
Lebih unik, ia turut dilengkapi dengan pad sentuh baharu yang menyokong pelbagai gerak isyarat sentuh seperti:
- Leret dari tepi kiri atau untuk kembali ke skrin sebelumnya
- Leret ke atas dengan tiga jari untuk kembali ke skrin utama
- Leret ke kiri atau kanan dengan tiga jari untuk bertukar antara aplikasi
- Leret ke penjuru kiri sebelah atas dengan tiga jari untuk membahagi skrin
- Leret ke atas dari bahagian bawah skrin dan tahan dengan tiga jari, untuk mengakses skrin tugasan terkini
Cip pemprosesan termaju
Selain didatangkan dengan sistem HUAWEI Sound™ iaitu sebuah sistem pembesar suara tatasusunan berbilang pemacu dengan tindanan penuh, tablet ini juga dipasang dengan cip pemprosesan termaju seperti yang digunakan pada HUAWEI Mate 60 Pro iaitu Kirin 9000s.
Melihat kepada aspek ketahanan bateri pula, tablet ini dilengkapi dengan storan bateri 10100mAh dengan Pengecas SuperCharge HUAWEI 88W yang mana ia boleh dicas sehingga 85 dalam masa hanya 40 minit.
Di samping itu, sistem pengecasan tablet ini juga adalah yang terpantas antara semua tablet berskrin besar.
Lebih produktif

Mereka yang mencari alternatif komputer juga tidak perlu risau kerana HUAWEI MatePad 13.2 Pro dilengkapi dengan WPS Office semua dalam satu peringkat PC serupa dengan HUAWEI MatePad Air & HUAWEI MatePad PaperMatte.
Ciri Super Device pula membolehkan tablet disambungkan dengan telefon mudah alih, komputer riba dan set kepala untuk melaksanakan pelbagai tugasan dan kerjasama merentas peranti, meningkatkan produktiviti dan lebih kreativiti.
HUAWEI kini turut membenarkan pengguna mereka menggunakan aplikasi Google seperti Gmail, Google Drive, Youtube, Google Classroom dan banyak lagi dengan hanya memuat turun melalui HUAWEI AppGallery
Jadi, ia sangat sesuai digunakan bukan sahaja oleh mereka yang bekerja malah untuk pencipta kandungan kerana reka bentuknya yang ringan dan nipis mampu meningkatkan produktiviti harian dan menyerlahkan lagi kreativiti.
Pratempah sekarang
HUAWEI MatePad Pro 13.2 kini tersedia untuk pratempah bermula 9 hingga 25 Januari 2024 pada harga disyorkan seperti:
Hijau 12GB+512GB: RM4,999
Hitam Keemasan 12GB+256GB: RM4,599

Pratempah sekarang di laman web Rasmi HUAWEI, serta pengedar sah HUAWEI di Lazada dan Shopee dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM3145.
© New Straits Times Press (M) Bhd




