am@hmetro.com.my
Besut: “Saya tak pasti keadaan anak macam mana… tapi info yang baru saya terima sebentar tadi… dukacita,” kata Nik Nor Zabir Nik Chik, 64, bapa kepada Nik Amni Nadiah, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit dalam nahas ngeri di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Perak, jam 1 pagi tadi.
Ketika dihubungi bapa kepada tiga anak itu berkata, dia sedang dalam perjalanan ke Hospital Gerik.
“Sebelum ini anak saya ditempatkan di zon merah… tetapi info terkini… dukacita.
“Maaf tak dapat cakap panjang ..saya sedang memandu,” katanya ringkas.
Nik Nor Zabir berkata, dia mendapat berita kemalangan itu pagi tadi sebelum bergegas ke Perak.
Katanya, dia bersama isteri menghantar anak bongsu daripada tiga beradik ke bandar Jerteh jam 9 malam tadi.
“Malam tadi dia keadaan seperti biasa… tidak ada apa-apa perubahan,” katanya yang tinggal di Paya Rawa, Jalan Tembila, di sini.
Bas yang disewa khas itu membawa 42 pelajar UPSI terdiri lapan lelaki dan 32 wanita.
Kemalangan mengakibatkan 15 penumpang maut termasuk kelindan bas dan tujuh parah.
© New Straits Times Press (M) Bhd