Taeyang Curi Perhatian Sheila Majid, Pukau Penonton Dengan Nyanyian ‘Antara Seoul & Malaysia’ Di Konsert The Light Year 2024

Taeyang Curi Perhatian Sheila Majid, Pukau Penonton Dengan Nyanyian ‘Antara Seoul & Malaysia’ Di Konsert The Light Year 2024

Penyanyi dan ahli kumpulan K-Pop popular Big Bang iaitu Taeyang mencuri perhatian peminat selepas menyanyikan lagu berjudul ‘Antara Anyer dan Jakarta’ nyanyian asal penyanyi, Datuk Sheila Majid di konsert jelajahnya, ‘Taeyang 2024 Tour (The Light Year) in Kuala Lumpur.

Menerusi beberapa video yang tular di platform media sosial, Taeyang dilihat telah menukar bait lirik tersebut menjadi ‘Antara Seoul dan Malaysia’ sekaligus menggamatkan suasana stadium.

Lebih menarik, persembahan Taeyang atau nama penuhnya, Dong Young-bae itu mencuri perhatian tuan empunya lagu, Sheila Majid apabila penyanyi itu tampil meninggalkan respons pada hantaran video peminatnya.

“Awesome Blossom,”tulisnya.

Bukan itu sahaja, video nyanyian Taeyang itu juga menjadi antara sohor kini di platform X sejak ia dimuat naik pada Sabtu.

Scroll to Top