“Panas kalah ABPBH ke?” -DJ Selangor FM kesal Tyzo dianiaya di Suria FM

“Panas kalah ABPBH ke?” -DJ Selangor FM kesal Tyzo dianiaya di Suria FM

DJ Selangor FM, DJ Anne memuat naik beberapa perkongsian seakan mendedahkan punca mengapa Tyzo Xander diberhentikan secara tiba-tiba di stesen Suria FM. Tyzo tak reda diberhentikan Berita Tyzo yang menamatkan perkhidmatannya di Suria FM semalam telah mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi dengan kapsyen yang ditulis di media sosial bahawa dirinya tidak reda dianiaya sebegitu. DJ … Read more

Bell Ngasri dinobat Bintang Paling Popular, ini senarai pemenang ABPBH 35

Bell Ngasri dinobat Bintang Paling Popular, ini senarai pemenang ABPBH 35

Buat julung kalinya, Bell Ngasri dinobat Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 35) yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya di ibu negara pada Jumaat. Meraih undian tertinggi, pelakon berusia 43 tahun itu berjaya menewaskan beberapa pencabar terdekatnya bagi merangkul trofi tersebut. Kredit foto: TV3 Kemenangan tersebut melayakkan Bell yang sinonim dengan … Read more

Tahniah! Tepati ramalan, Bell Ngasri julang trofi Artis Komedi Popular ABPBH 35

Tahniah! Tepati ramalan, Bell Ngasri julang trofi Artis Komedi Popular ABPBH 35

Pelakon Bell Ngasri menepati ramalan ramai apabila menjulang trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 malam ini. Trofi tersebut diumumkan oleh selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Janna Nick yang disiarkan secara langsung di TV3 dan aplikasi Tonton dari Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Kredit foto: TV3  Malam kemuncak acara gilang-gemilang … Read more

Dah hubungi penganjur, Zul Ariffin umum tarik diri dari semua pencalonan di ABPBH

Lama tidak mendengar khabar pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin. Paling terbaru adalah kegiatannya yang mengikuti dakwah bersama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dan beberapa lagi artis popular Tanah Air. Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru pelakon tersebut di Instagramnya, dia memaklumkan kepada para peminatnya terutama kelab peminat zulariffinfc bahawa dia sudahpun menarik diri dari pencalonan Anugerah … Read more

ABPBH ke-33: Haqiem Rusli dinobatkan Bintang Paling Popular

Kuala Lumpur: Haqiem Rusli dinobatkan sebagai pemenang trofi Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam semalam. Penyanyi, komposer dan penulis lirik berusia 22 tahun itu memperoleh 22,332,676 undi sepanjang tempoh undian ABPBH ke-33 dibuka sejak awal bulan lalu hingga 8 November lalu. Terdahulu, Haqiem memenangi kategori … Read more

Chubb-E raih trofi Artis Baharu Lelaki Popular

Kuala Lumpur: Penyanyi, Chubb-E memenangi trofi Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam semalam. Chubb-E atau nama sebenar, Muhammad Shahrul Ashlyn Awang Ashrul Affandy mencipta kejutan dengan menewaskan calon pilihan seperti Zynakal dan Yonnyboii dalam kategori itu. Hampir lapan tahun berkecimpung dalam dunia seni dan pernah … Read more

Aiman Tino menang Artis Kontroversi Popular ABPBH ke-33

Kuala Lumpur: Penyanyi, Aiman Tino memenangi trofi kategori online Artis Kontroversi Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 semalam. Aiman atau nama sebenar, Muhammad Aiman Yusri, 22, mengetepikan calon lain seperti Fathia, Zul Ariffin dan Syafiq Kyle. Sepanjang tahun lalu, Aiman dikaitkan dengan kontroversi video tidak senonoh yang dikatakan mirip wajahnya. Insiden itu mencetuskan … Read more

ABPBH ke-33: Zahiril Adzim menang trofi Pelakon Filem Lelaki Popular

Kuala Lumpur: Pelakon, Zahiril Adzim mengejutkan para peminat apabila diumumkan sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam semalam. Pernah beberapa kali meraih trofi dalam pertandingan seperti Anugerah Skrin (ASK) 2019 dan trofi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22, Zahiril mula melakar … Read more

Ben Amir dinobatkan Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH ke-33

Kuala Lumpur: Ben Amir merangkul trofi Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam semalam. Ini julung kali Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin dinobatkan sebagai pemenang di pentas ABPBH selepas enam tahun aktif dalam dunia hiburan. Ben yang mencipta gelombang populariti menerusi drama Sweet Dreams … Read more

Siti Nordiana FC rangkul Anugerah FC #FANtastik Popular

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Nordiana menang trofi Anugerah FC #FANtastik Popular kategori online pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam. FC Siti Nordiana mendapat 248,249 undi. Trofi yang buat pertama kali diperkenalkan itu adalah sebagai tanda penghargaan ABPBH ke-33 kepada kelab peminat yang aktif menggerakkan kempen program … Read more