PTPTN peruntuk zakat RM100,000 bantu baiki rumah asnaf – Utusan Digital

KANGAR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan sebanyak RM100,000 pada tahun lalu melalui bayaran zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi membantu membaiki rumah golongan asnaf di negeri ini. Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, bantuan tersebut disampaikan melalui Program Jalinan Kasih @ CSR TVET peringkat negeri … Read more

YRS sasar 5,000 cermin mata untuk anak asnaf

bhnews@bh.com.my PASIR MAS: Yayasan Raja Shamri (YRS) menyasarkan 5,000 anak asnaf bakal menikmati cermin mata percuma dengan pelancaran Program Cermin Mata Percuma. Pengerusi Eksekutif YRS, Raja Shamri Raja Husain, berkata yayasan itu memperuntukkan RM600,000 untuk program berkenaan hasil sumbangan orang ramai. Beliau berkata, pihaknya mendapat maklum balas daripada guru dan ibu bapa mengenai keperluan cermin … Read more

MCM bantu seramai 300 asnaf Bajau Laut di Pulau Mabul

SEMPORNA: Seramai 300 go­longan asnaf dalam kalangan komuniti Bajau Laut dan Suluk di Pulau Mabul menerima bantuan bekalan makanan harian daripada Muslim Care Malaysia (MCM) di sini. Golongan berkenaan sekali gus merekodkan sebagai pene­rima terbesar setakat tiga hari misi kemanusiaan dijalankan MCM di sekitar daerah Tawau dan Semporna. Bantuan itu nyata memberi berita gembira untuk … Read more

Membantu golongan asnaf termasuk jihad di jalan Allah

PAYA BESAR: Membantu golongan yang memerlukan terutama kalangan asnaf merupakan antara usaha dakwah yang menjadi jihad sangat dituntut amalannya oleh Baginda Rasulullah S.A.W. ADUN Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya mengingatkan demikian ketika menyantuni penduduk miskin, orang kelainan upaya (OKU), sakit, warga emas, armalah dan anak yatim atau singkatannya MOSWAY, kelmarin. Advertisement Program ini … Read more

Misi Muslim Care santuni 1,000 asnaf di Sabah

Kuala Lumpur: Muslim Care Malaysia (MCM) mengadakan misi kemanusiaan menyantuni 1,000 asnaf di Sabah bermula Jumaat ini. Presidennya, Zulkifli Wahijan berkata, objektif utama misi itu untuk memastikan golongan berkenaan terus menikmati kehidupan yang lebih baik dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Lokasi misi kali ini di sekitar Tawau, Semporna dan Pulau Mabul dengan sasaran 1,000 … Read more

MAIWP tawar kursus kedi profesional kepada asnaf

Kuala Lumpur: Kebiasaannya golongan asnaf dibantu meneruskan hidup menerusi bantuan dalam perniagaan, namun lain pula inisiatif dilakukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang menawarkan kursus kedi profesional. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP Mohd Nizam Yahya berkata, inisiatif baru itu dengan kerjasama Kreatif Golf Ideal untuk golongan asnaf di Wilayah Persekutuan menjadi kedi profesional. … Read more

Burger untuk anak asnaf

Rantau Panjang: Badan bukan kerajaan (NGO) Thirdforce menyampaikan sumbangan 100 burger semalam, kepada anak-anak asnaf sebagai kelainan berbanding mengedarkan barangan keperluan biasa sebelum ini. Wakil Thirdforce Rantau Panjang, Tuan Zaimah Raja Omar berkata, burger yang jarang dinikmati anak kurang berkemampuan itu nyata menggembirakan mereka. “Sesuatu yang memuaskan apabila kita melihat keterujaan anak-anak ini beratur mendapatkan … Read more

Burger untuk anak asnaf [METROTV]

Rantau Panjang: Badan bukan kerajaan (NGO) Thirdforce menyampaikan sumbangan 100 burger semalam, kepada anak-anak asnaf sebagai kelainan berbanding mengedarkan barangan keperluan biasa sebelum ini. Wakil Thirdforce Rantau Panjang, Tuan Zaimah Raja Omar berkata, burger yang jarang dinikmati anak kurang berkemampuan itu nyata menggembirakan mereka. “Sesuatu yang memuaskan apabila kita melihat keterujaan anak-anak ini beratur mendapatkan … Read more