Warga asing bekas pelajar kolej swasta ditahan terbabit penipuan love scam di Bentong

Warga asing bekas pelajar kolej swasta ditahan terbabit penipuan love scam di Bentong

BENTONG: Polis Bentong mengesahkan tiga suspek yang terbabit dengan aktiviti penipuan ‘love scam’ yang ditahan di sebuah apartmen di Genting Highlands di sini merupakan dua lelaki warganegara Nigeria dan seorang wanita Iran berusia antara 32 hingga 37 tahun. Suspek penipuan love scam berkenaan diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) dari Ibu Pejabat Polis Daerah … Read more

Masjid Tunku Azizah Iskandar Bentong dirasmi

Masjid Tunku Azizah Iskandar Bentong dirasmi

BENTONG: Masjid Kampung Baru bernilai RM5 juta di daerah ini yang siap dan mula digunakan awal tahun 2020 kini dikenali dengan nama Masjid Tunku Azizah Iskandar. Pertukaran nama masjid itu diperkenan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam majlis di pekarangan masjid itu, petang tadi. Turut berkenan berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal … Read more

JPNP hapus dua hektar kebun halia Bentong haram

JPNP hapus dua hektar kebun halia Bentong haram

BENTONG: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengambil tindakan segera menghapuskan penanaman haram halia Bentong yang dikesan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Tinggi, di sini. Pencerobohan tanah seluas sekitar dua hektar itu dikatakan sudah dikesan sekitar dua bulan lalu dengan penemuan laluan masuk kira-kira 500 meter menuju kebun berkenaan melalui aliran anak Sungai Tanglir. Hasil … Read more

Johari tawar diri Ketua UMNO Bahagian Bentong sambung legasi Adnan

Johari tawar diri Ketua UMNO Bahagian Bentong sambung legasi Adnan

BENTONG: Naib Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bentong bagi sesi 2023-2026 pada pemilihan parti itu bulan depan. Menurutnya, beliau akan mengerah segala kudrat, idea dan pengalaman untuk bersama-sama dengan pucuk pimpinan UMNO negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk memperkukuhkan lagi … Read more

Tular video kes gaduh: Dua suspek lelaki ditahan di Bentong

Tular video kes gaduh: Dua suspek lelaki ditahan di Bentong

BENTONG: Polis menahan dua lelaki warga tempatan berusia 21 dan 22 tahun berikutan penularan rakaman video kejadian pergaduhan yang berlaku pada 23 Januari lalu di sebuah pasar di bandar ini. Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, menerusi video tular di laman sosial milik ‘Aung Phyo Thu’, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi dan … Read more