Proses robohkan surau dapat kebenaran Jawatankuasa Fatwa negeri

Proses robohkan surau dapat kebenaran Jawatankuasa Fatwa negeri

IPOH: Proses untuk merobohkan Surau Al-Karamah, Kampung Seri Keramat di sini semalam dijalankan setelah mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, jawatankuasa itu membenarkan surau tersebut dirobohkan dan digantikan dengan yang baharu. “Isu ini sepatutnya telah selesai kerana keputusan fatwa membenarkan ia dirobohkan. Surau baharu… … Read more

Muhyiddin keluar ‘fatwa’ baharu, harus tinggalkan UMNO

Muhyiddin keluar ‘fatwa’ baharu, harus tinggalkan UMNO

KEMAMAN: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan ‘fatwa” baharu dengan mengatakan harus  bagi ahli-ahli UMNO berhijrah meninggalkan parti itu. Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, keputusan tersebut akan mendapat pahala hijrah seperti zaman Rasulullah SAW berhijrah meninggalkan yang lama. Menurutnya. tindakan itu perlu diambil kerana UMNO sudah hancur akibat perbuatan Presidennya, … Read more

Kertas siasatan fatwa haram Muhyiddin akan diserah hari ini – Shuhaily

Kertas siasatan fatwa haram Muhyiddin akan diserah hari ini – Shuhaily

SHAH ALAM – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan menghantar kertas siasatan mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mengeluarkan fatwa haram mengundi calon Pakatan Harapan, Suhaizan Kayat kepada pejabat Peguam Negara, hari ini. Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kertas siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sudah disiapkan dan sedia … Read more

Fatwa berubah-ubah jalan pintas PAS ke Putrajaya – Rafizi

Fatwa berubah-ubah jalan pintas PAS ke Putrajaya – Rafizi

bhnews@bh.com.my BALIK PULAU: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa ‘fatwa’ PAS sentiasa berubah-ubah supaya ia sesuai dengan keperluan pemimpin parti itu untuk kekal berkuasa. Beliau menegaskan selagi empat atau lima pemimpin kanannya boleh menjadi menteri di peringkat Persekutuan, itu sudah memadai untuk parti terbabit. “Jika mereka fikir mereka boleh mendapat kuasa dengan bersama UMNO, maka … Read more

Dakwaan Ahli Jawatankuasa Fatwa Selangor mahu hidup ajaran sesat disifat tuduhan berat

Dakwaan Ahli Jawatankuasa Fatwa Selangor mahu hidup ajaran sesat disifat tuduhan berat

SHAH ALAM: Dakwaan mengenai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mahu menghidupkan ajaran sesat dianggap tuduhan berat dan mencemarkan kredibiliti institusi yang menjadi rujukan hukum syarak di negeri ini. Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir berkata, perkara itu merujuk kepada sebuah video yang tular berkaitan Tarekat Naqsyabandiyah Al-Aliyyah Sheikh Nazim Al-Haqqani. Katanya, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis … Read more

Pahang kekal dengan fatwa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam – Mufti

KUANTAN – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman mengesahkan pihaknya menerima memorandum oleh Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam Pahang (Pembela Pahang) yang membantah penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Abdul Rahman berkata, memorandum tersebut akan diserahkan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Ujarnya, Pahang kekal dengan fatwa bahawa penggunaan kalimah Allah … Read more