Saya main bola bukan kerana wang – Hazard

Saya main bola bukan kerana wang – Hazard

BELGIUM – Bekas pemain skuad kebangsaan Belgium, Eden Hazard menjelaskan sebab utama dia bersara daripada sukan nombor satu di dunia itu. Dia berhenti bermain bola sepak sekiranya  sudah lagi tidak berasa gembira ketika beraksi bukan kerana wang semata-mata. “Saya tidak mahu beraksi di satu-satu kelab demi wang (merujuk kepada usaha untuk menyertai kelab Arab Saudi). … Read more

Hazard gantung but pada usia 32 tahun

Hazard gantung but pada usia 32 tahun

BINTANG sensasi, Eden Hazard pada Selasa mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak sambil pemain Belgium itu menyifatkan dia berhenti pada masa yang tepat. Penyerang itu mencapai persetujuan bersama Real Madrid untuk menamatkan kontrak setahun lebih awal pada musim panas selepas menandatangani kontrak lima tahun pada 2019 bernilai 89 juta pound (RM516 juta).

Real Madrid lepaskan Hazard

Real Madrid lepaskan Hazard

EDEN Hazard akan meninggalkan Real Madrid selepas empat musim yang mengecewakan bersama kelab gergasi Sepanyol itu. Hazard menyertai Real dari Chelsea pada 2019 dengan yuran €115 juta (RM564 juta) dan disambut oleh 50,000 penyokong di Santiago Bernabeu. Pemain antarabangsa Belgium itu berada di puncak permainannya, menjaringkan dua gol dalam perlawanan terakhirnya dengan Chelsea untuk membantu … Read more

Hazard tagih peluang beraksi

Hazard tagih peluang beraksi

Hazard (kiri) merayu simpati Ancelotti peluang untuk turun beraksi bersama Real Madrid. – Foto Agensi PENYERANG Real Madrid, Eden Hazard merayu untuk meraih minit permainan selepas tidak beraksi sejak tahun lalu. Pemain berusia 32 tahun itu ketika ini seperti ‘terperangkap dalam lingkaran’ setelah lama tidak menikmati aksi domestik dan Eropah. Hazard tidak beraksi dalam saingan … Read more

Hazard bersara wakili Belgium

Hazard bersara wakili Belgium

QATAR – Kapten Belgium, Eden Hazard mengucapkan selamat tinggal buat pentas bola sepak antarabangsa selepas mengumumkan persaraannya selepas The Red Devils gagal ke pusingan kalah mati kejohanan Piala Dunia 2022. Pada aksi di Qatar ketika peringkat kumpulan, Hazard beraksi selama 60 minit pada dua perlawanan awal bertemu Canada dan Maghribi manakala hanya dimasukkan pada lewat … Read more

Hazard mahu buktikan sesuatu kepada Real Madrid

Hazard mahu buktikan sesuatu kepada Real Madrid

PEMAIN sayap Real Madrid, Eden Hazard tidak berniat untuk meninggalkan skuad Los Blancos itu seperti dilakukan Gareth Bale yang berpindah ke Major League Soccer. Sebaliknya pemain berusia 31 tahun itu menegaskan bahawa dia mahu menunjukkan kepada orang ramai bahawa dirinya masih boleh bermain bersama Real. “Sebenarnya sudah beberapa musim saya tidak bermain dengan banyak. Apabila … Read more

Isco, Hazard pacu kemenangan Real

CARLO Ancelotti memuji aksi yang ditampilkan Isco dan Eden Hazard apabila menjadi watak penting ketika membantu Real Madrid menewaskan Elche 2-1 untuk mara ke suku akhir Piala Raja Sepanyol. Ancelotti mengakui Hazard dan Isco mungkin kecewa dengan minit permainan yang singkat, namun selepas apa yang ditampilkan pada perlawanan tersebut, tidak mustahil untuk kedua-dua pemain akan … Read more

Ancelotti yakin Hazard mampu kembali ke prestasi terbaik

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti percaya bintang Belgium, Eden Hazard akan kembali berada pada tahap terbaiknya setelah beraksi baik ketika menewaskan Alcoyano pada aksi Copa del Rey, pada Khamis. Ancelotti berkata, Hazard yang terpaksa berehat panjang susulan mengalami kecederaan sebelum ini, dilihat sudah mula mendapat ‘rentak’ dan ia dilihat bakal mencetuskan impak buat Los Blancos. … Read more

Ancelotti tidak turunkan Valverde, Hazard berdepan Sheriff Tiraspol

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti menegaskan dua pemain Real Madrid, Fede Valverde dan Eden Hazard tidak akan beraksi berdepan Sheriff Tiraspol pada Khamis kerana masih belum pulih daripada kecederaan. Menurut Ancelotti, dia tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan menurunkan kedua-dua pemain berkenaan pada perlawanan yang disifatkannya agak penting dalam usaha memastikan skuad kendaliannya itu mara … Read more

Chelsea sedia bawa pulang Hazard

LONDON – Chelsea dilaporkan sedang memulakan perbincangan tidak rasmi bagi membawa semula Eden Hazard ke Stamford Bridge, lapor www.mirror.co.uk. Pemain berusia 30 tahun itu pernah menempa nama di Stamford Bridge sebelum berhijrah ke Real Madrid dua tahun lalu. Namun nasib tidak menyebelahi pemain antarabangsa Belgium itu kerana dia kerap dihimpit masalah prestasi dan kecederaan. Namun … Read more