Indonesia tamatkan operasi keluarkan bangkai KRI Nanggala-402 – Utusan Digital

JAKARTA: Indonesia menamatkan operasi untuk mengeluarkan bangkai kapal selam KRI Nanggala-402 yang tenggelam di perairan Bali pada April lalu. Lapor BBC, kapal selam itu yang membawa 53 kru dilaporkan terputus hubungan selepas meminta kebenaran untuk menyelam ketika sesi latihan torpedo. Kapal selam yang berusia 40 tahun itu ditemukan dalam keadaan pecah kepada tiga bahagian. Usaha … Read more

Badan KRI Nanggala 402 yang pecah terpisah 47 meter di dasar laut –

DENPASAR: Badan kapal selam KRI Nanggala 402 yang karam di perairan Bali pecah kepada tiga bahagian dan terpisah antara satu sama lain di dasar laut. Panglima Komando Armada II Laksamana Muda TNI Iwan Isnurwanto berkata, jarak antara badan KRI Nanggala 402 yang tenggelam di utara Laut Bali terpisah hingga 47 meter antara satu sama lain … Read more

Indonesia sudah jumpa pengganti KRI Nanggala-402 – Utusan Digital

JAKARTA: Kerajaan Indonesia dikatakan telah menemukan pengganti kapal selam  KRI Nanggala-402 berkubur di laut Bali pada kedalaman 838 meter bersama 53 anak kapalnya minggu lalu. Menteri Pertahanan republik itu, Prabowo Subianto dikhabarkan akan membeli kapal selam kelas Riachuelo sebagai pengganti. Sebelum ini Prabowo dikatakan akan membeli kapal selam jenis  Scorpene yang dibina oleh syarikat Perancis,  DCNS … Read more

Keluarga kru beri penghormatan terakhir di lokasi KRI Nanggala 402 tenggelam

(Gambar AP) JAKARTA: Anggota keluarga kru kapal selam Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) KRI Nanggala 402, hari ini memberikan penghormatan terakhir dengan menabur kalungan bunga dan berdoa di lokasi kapal itu tenggelam. Anggota keluarga kepada 53 kru kapal berkenaan dibawa menggunakan kapal TNI, dr. Soeharso (SHS)-990 dari Pelabuhan Ketapang Banyuwangi ke perairan Bali, di lokasi … Read more

Janji jaga kebajikan mangsa keluarga krew KRI Nanggala-402

Presiden Indonesia Joko Widodo sebelum ini turut menjanjikan menaikkan pangkat semua anggota yang terbunuh secara posthumus, selain membiayai pendidikan anak-anak mereka. (Gambar Bernama) JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo berkata pihak berkuasa akan membina rumah untuk anggota keluarga krew nahas kapal selam KRI Nanggala-402 yang meragut 53 nyawa, baru-baru ini. KRI Nanggala-402 ditemui pada kedalaman hampir … Read more

Isteri sebak tonton berita, Ebit Lew terus bantu keluarga mangsa KRI Naggala 402

Tragedi kapal selam KRI Naggala 402 milik Tentera Laut Indonesia (TNI) pada minggu lalu sememangnya menyentuh hati ramai pihak termasuklah rakyat Malaysia. Pihak Panglima Tentera Laut Indonesia telah mengesahkan bahawa kapal selam tersebut tenggelam di Perairan Bali dengan kedalaman 835 kilometer dan  kesemua 53 kru kapal dinyatakan terkorban. Paling menyentuh hati sudah tentu ahli keluarga … Read more

Solat ghaib untuk anak kapal KRI Nanggala 402

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) meminta umat Islam mengadakan solat ghaib secara sendirian atau berjemaah untuk anak kapal selam tentera negara itu, KRI Nanggala 402, yang disahkan terkorban. Wakil Ketua MUI, Anwar Abbas, berkata tragedi yang menimpa kapal selam itu bukan saja menjadi berita duka kepada keluarga anak kapal, tetapi seluruh rakyat Indonesia. “Mari melaksanakan … Read more