Pintu Kaabah dibuka untuk PM [METROTV]

Makkah: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menunaikan Umrah di sini, Sabtu, (Ahad di Malaysia), diberi peluang memasuki Kaabah. Isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut bersama menunaikan Umrah hari ini. Muhyiddin berada di Arab Saudi bagi lawatan rasmi empat hari bermula semalam atas undangan Raja Arab Saudi dan penjaga dua masjid suci Raja … Read more

Bapa didakwa cabul anak [METROTV]

Johor Bahru: Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya berusia 14 tahun, tahun lalu. Pekerja pendawaian yang berusia 42 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob. Tertuduh yang memakai baju kemeja T biru … Read more

PM tiba di Jeddah, lawatan rasmi ke Arab Saudi [METROTV]

Riyadh: Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan (10.31 malam waktu Malaysia) untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi. Ketibaan Perdana Menteri yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz disambut oleh Gabenor Jeddah, Putera Mishaal Majid Abdulaziz Al Saud. Turut menyambut beliau … Read more

Guna satelit untuk liputan telekomunikasi lebih meluas [METROTV]

Padang Besar: Malaysia perlu menggunakan sistem telekomunikasi berasaskan satelit agar liputan komunikasi dapat diperluaskan ke segenap pelusuk terutama di kem tentera, kuarters polis dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang berada di kawasan luar bandar. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, pihaknya menerima banyak aduan berkaitan liputan telekomunikasi lemah di kem tentera, … Read more

Derita suami hidap kanser lidah tahap 4 [METROTV]

Kuala Lumpur: Tiada apa yang dapat menggambarkan keresahan hati seorang isteri apabila suami tercinta disahkan menghidap kanser lidah tahap empat. Namun, wanita ini Juli Suriati Jaafar, 50, tabah dan reda menerima takdir itu dan nekad untuk bersama-sama berjuang melawan penyakit dideritai suaminya, Azran Md Jaffar, 54. Azran yang juga bekas Pengarang Berita akhbar Berita Harian … Read more

8.5 % usahawan henti operasi akibat pandemik [METROTV]

Kuantan: Kira-kira 8.5 peratus usahawan di seluruh negara terpaksa menghentikan operasi selain 58 peratus lagi berdepan dengan pelbagai masalah akibat penularan wabak pendemik Covid-19 sejak awal tahun lalu. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pelbagai usaha dan inisiatif telah dan sedang dilaksanakan untuk memulihkan usahawan yang terjejas daripada terus berdepan … Read more

Burger untuk anak asnaf [METROTV]

Rantau Panjang: Badan bukan kerajaan (NGO) Thirdforce menyampaikan sumbangan 100 burger semalam, kepada anak-anak asnaf sebagai kelainan berbanding mengedarkan barangan keperluan biasa sebelum ini. Wakil Thirdforce Rantau Panjang, Tuan Zaimah Raja Omar berkata, burger yang jarang dinikmati anak kurang berkemampuan itu nyata menggembirakan mereka. “Sesuatu yang memuaskan apabila kita melihat keterujaan anak-anak ini beratur mendapatkan … Read more

Seronoknya satu keluarga kerja sebumbung [METROTV]

Kuala Lumpur: Lazimnya, kehidupan keluarga ahli korporat yang bernaung di bawah syarikat sama hanya dapat dilihat dalam drama tempatan. Realitinya, ia wujud dalam kehidupan masyarakat sebenar dan kisah sebuah keluarga mendapat perhatian selepas seorang gadis, Nurul Airah Rosly, 23, berkongsi video di akaun TikTok miliknya, semalam. Menerusi video berkenaan, Nurul Airah iaitu anak keempat dalam … Read more

Noryah bersyukur dapat ‘istana’ baru [METROTV]

Kuala Selangor: Tiang utama, lantai dan dinding bahagian depan rumah reput dimakan anai-anai manakala bumbung bocor sehingga terpaksa guna baldi untuk tadah air hujan. Namun itulah ‘istana’ buat seorang wanita warga emas di Jalan Pantai Rasa Sayang, Sungai Burong di sini. Bagi Noryah Mohamed, 69, dia yang tinggal bersendirian terpaksa berteduh di dapur berikutan bahagian … Read more