Kim Swee berang Sabah tewas lagi

Kim Swee berang Sabah tewas lagi

RIAK kecewa pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee jelas ketara selepas pemainnya tewas mengejut kepada PDRM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Khamis. Menurut Kim Swee, pemain perlu menyalahkan diri sendiri dan perlu mengambil iktibar bagi mengelakkan lebih banyak kekalahan dialami skuad The Rhinos dilaman … Read more

Sabah kena mula serius kutip tiga mata dari laman lawan – Kim Swee

Sabah kena mula serius kutip tiga mata dari laman lawan – Kim Swee

PEMAIN Sabah FC digesa untuk lebih serius menghasilkan keputusan positif setiap kali beraksi di luar Likas bagi memastikan The Rhinos tidak keciciran dalam pemburuan kelompok terbaik Liga Super musim ini. Itu tuntutan pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee selepas melihat anak buahnya mencatat kekalahan keempat liga musim ini apabila tewas mengejut kepada PDRM FC … Read more

Kim Swee cabar The Rhinos bangkit di Darul Aman

Kim Swee cabar The Rhinos bangkit di Darul Aman

PEMAIN Sabah FC dituntut untuk melupakan memori penyingkiran suku akhir Piala FA kepada Kuala Lumpur City di Stadium Likas, 28 Mei lalu. Sebaliknya menjadikan Stadium Darul Aman, pentas kebangkitan pemburuan kelompok terbaik Liga Super apabila berdepan Kedah Darul Aman FC. Itu gesaan pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee menjelang aksi berprofil tinggi dua pasukan … Read more

Pemain Sabah perlu ubah sikap – Kim Swee

Pemain Sabah perlu ubah sikap – Kim Swee

Antara aksi menarik Sabah berdepan Kuala Lumpur City dalam suku akhir Piala FA di Stadium Likas. – Foto Sabah FC PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menuntut pemain-pemain The Rhinos mengubah sikap selepas ditunjukkan jalan keluar Kuala Lumpur City FC, 1-2 dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Likas. “Sabah tidak bermain seperti … Read more

Kim Swee mahu Sabah manfaatkan aura Likas

Kim Swee mahu Sabah manfaatkan aura Likas

JUARA edisi 1995, Sabah FC perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Likas apabila berdepan Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan suku akhir Piala FA pada Ahad. Itu peringatan pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee selepas anak buahnya kembali ke landasan kemenangan dengan mengatasi Perak, 3-1 dalam aksi Liga Super 23 Mei lalu. Rentak kemenangan … Read more

Sabah FC masih leka – Kim Swee

Sabah FC masih leka – Kim Swee

sukan@hmetro.com.my Kota Kinabalu: Pemain Sabah FC masih leka selepas mendahului lawan ketika berdepan Perak FC di Stadium Likas malam tadi, masalah sama yang dihadapi pasukan itu ketika seri 2-2 dengan Terengganu FC, Jumaat lalu. Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee, yang mengakui situasi itu, berkata masih banyak kelemahan dalam corak permainan anak buahnya hingga menyebabkan mereka … Read more

Kim Swee ceria dalam gundah

Kim Swee ceria dalam gundah

PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui masih terdapat beberapa kelemahan ketara yang perlu diperbaiki The Rhinos biarpun melakar kemenangan 3-1 ke atas Perak FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas. Kelekaan para pemain ketika selesa mendahului The Bos Gaurus merupakan elemen yang menjentik Kim Swee biarpun The Rhinos melonjak kelompok empat terbaik … Read more

Masih awal untuk fikir pengganti Jacob – Kim Swee

Masih awal untuk fikir pengganti Jacob – Kim Swee

KUALA LUMPUR – Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk beliau memikirkan pengganti Njoku Jacob. Jacob yang merupakan bekas penyerang Kelantan United itu telah mencapai kata sepakat bersama pasukannya untuk menamatkan kontrak dengan skuad Badak. Namun ketiadaan Jacob itu masih boleh ditampung dengan kehadiran enam pemain import termasuk Park … Read more

Kim Swee nasihat elak tekanan, fokus setiap perlawanan

Kim Swee nasihat elak tekanan, fokus setiap perlawanan

FAKTOR tekanan mampu menjadi punca kegagalan skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan dalam memburu kejayaan gemilang pada Sukan SEA 2023 di Kemboja yang bakal membuka tirai secara rasmi Jumaat ini. Perkara itu disuarakan bekas pengendali skuad B-22 kebangsaan Datuk Ong Kim Swee yang melihat faktor tekanan untuk membawa pulang pingat di temasya sukan … Read more

Kim Swee tuntut Sabah kembali pamer rentak kemenangan

Kim Swee tuntut Sabah kembali pamer rentak kemenangan

KEMENANGAN Sabah FC ke atas Kelantan United dalam perlawanan Liga Super sebelum ini tidak boleh dijadikan sandaran apabila kedua-dua pasukan kembali berentap dalam saingan Pusingan 16 Piala FA di Stadium Likas pada Sabtu. Sebaliknya pengendali Sabah FC, Datuk Datuk Ong Kim Swee menuntut para pemain The Rhinos untuk kembali mempamerkan rentak kemenangan yang kali terakhir … Read more