Tahniah! Zulin Aziz selamat bernikah dengan jejaka pilihan

Tahniah! Zulin Aziz selamat bernikah dengan jejaka pilihan

Selepas sebulan mengikat tali pertunangan, selebriti berbakat, Zulin Aziz atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Aziz, 33 dan pasangannya Farhan Norzaini selamat bergelar suami isteri.

Memilih tarikh 20. Februari 2022 untuk disatukan, pasangan ini telah bernikah di Masjid Negara awal pagi tadi dengan dinikahkan

 

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh abang kandung kepada Zulin dengan mas kahwin sebanyak RM80. Mereka juga menggayakan busana berwarna pitih sedondon rekaan pereka fesyen terkenal, Ezuan ismail.

Terdahulu, Zulin Aziz dan Farhan sempat memuat naik gambar-gambar semasa pre-wedding mereka dan juga majlis malam berinai yang dihadiri rakan rapat.

Mereka telah merancang untuk menjadi suami isteri ketika kedua-duanya mengerjakan umrah dan Farhan melamar pengacara tersebut di Madinah selepas beberapa tahun menjadi rakan kongsi dalam perniagaan.

Sumber: Instagram: Zulin Aziz

 

 

 

Scroll to Top