Tahu hal sebenar tapi tak nak panjangkan cerita, gadis ulas kes Zulfarhan mohon maaf

Tahu hal sebenar tapi tak nak panjangkan cerita, gadis ulas kes Zulfarhan mohon maaf

Perkongsian ‘berani’ seorang gadis yang mempersoalkan perangai Pegawai Kadet Laut Allahyarham Zulfarham Osman baru-baru ini di laman Twitter telah tular sehingga mendapat kecaman ramai.

Mana tidaknya, dia yang meninggalkan ciapan seolah-olah mengetahui ‘punca sebenar’ Allahyarham didera dan dibuli sehingga mengakibatkan kematian.

Hal ini susulan daripada berita hukuman yang telah dijatuhkan kepada enam tertuduh selepas didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut.

Teruk dihentam netizen di media sosial, gadis tersebut telah tampil membuat penjelasan di Instagramnya dan sekali lagi menjadi perhatian umum.

Dalam video yang dimuat naik kembali pengguna Twitter dikenali sebagai @JalalMisai_2, gadis tersebut menafikan bahawa dia adalah teman wanita kepada salah seorang tertuduh seperti yang didakwa netizen.

Tambahnya lagi, dia memaklumkan tahu kejadian sebenar disebalik tragedi sadis melibatkan kes Allahyarham Zulfarhan itu namun enggan mendedahkan kerana bimbang akan menjadi lebih panjang memandangkan hukuman telahpun dijatuhkan.

Dia juga meminta orang ramai membuat kajian dahulu sebelum menyalahkan satu pihak sahaja merujuk kepada kes tersebut.

Gadis berkenaan juga sempat memohon maaf diatas ciapannya tempoh hari kerana tidak berfikir panjang dan memaklumkan yang dia tidak ada kena mengena dengan mana-mana tertuduh namun agak rapat dengan keluarga.

Perkongsiannya itu telah mendapat komen daripada netizen lagi dimana masing-masing belum berpuas hati dengan penjelasannya.

 

Sumber: Twitter @JalalMisai_2

Scroll to Top