”Tahun Ni Sangat Bermakna Dan Istimewa” – Syed Saddiq Perjelas Dakwaan Edar Kad Kahwin | Trending – Oh! Media

”Tahun Ni Sangat Bermakna Dan Istimewa” – Syed Saddiq Perjelas Dakwaan Edar Kad Kahwin | Trending – Oh! Media

Trending

Syed Saddiq nafi dakwaan edar kad kahwin dengan Bella Astillah, jelaskan dokumen tular itu urusan rasmi wakili orang Muar.


 Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan kononnya beliau telah mengedarkan kad undangan perkahwinan bersama Bella Astillah, seperti yang hangat diperkatakan di media sosial kebelakangan ini.

Menurut Syed Saddiq, 33, video tular yang memaparkan dirinya seolah-olah mengedarkan sesuatu kepada beberapa individu di Parlimen telah disalah tafsir oleh orang ramai.

Rupanya dokumen urusan rasmi 

Syed Saddiq Bernama

Menjelaskan keadaan sebenar, Syed Saddiq menegaskan dokumen yang diserahkan itu bukan kad kahwin, sebaliknya melibatkan urusan rasmi bagi mewakili penduduk Parlimen Muar.

Saya nak bercakap jujur, bila kad itu disampaikan di Parlimen, itu sebenarnya adalah permohonan saya mewakili orang Muar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau turut menekankan bahawa tindakan tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab hakiki sebagai wakil rakyat.

Itu adalah tugas saya untuk sampaikan kepada kepimpinan negara. Ini adalah tanggungjawab hakiki saya.

Syed Saddiq tak tolak kemungkinan soal kahwin

Syed Saddiq

Dalam masa sama, Syed Saddiq tidak menolak kemungkinan mengenai perkahwinan, namun menegaskan sekiranya benar kad undangan itu wujud suatu hari nanti, ia pasti diumumkan secara terbuka.

Kalau betul ada kad undangan perkahwinan, anda semua akan tahu. Jangan risau. Waktu saya akan tiba.

Syed Saddiq turut mengakui isu tersebut bukanlah perkara baharu dalam hidupnya dan wanita istimewa berkenaan, selain memohon agar orang ramai terus mendoakan yang terbaik.

Saya selalu minta untuk doakan saya. Kerana dia itu sangat penting. Insya-Allah tahun ini tahun yang sangat bermakna dan istimewa.

Pssttt! Tak semua yang tular itu benar. Sebelum membuat andaian, eloklah dengar penjelasan empunya diri supaya tak timbul salah faham dan fitnah.

Kredit: Beautifulnara

Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top