Taiwan lapor ‘rondaan tempur’ pertama China tahun ini

Taiwan lapor ‘rondaan tempur’ pertama China tahun ini

Usaha Taiwan untuk melakukan rundingan bersama China telah ditolak berkali-kali. (FOTO: Global Times)

– Advertisement –

TAIPEI: Kementerian Pertahanan Taiwan pada Khamis memaklumkan pesawat dan kapal perang China telah melakukan ‘rondaan tempur’ pertamanya tahun ini di sekitar negara kepulauan itu, selepas Presiden Taiwan, Lai Ching-te sekali lagi menyatakan kesediaan untuk berunding dengan China.

– Advertisement –

Menurut laporan dikeluarkan kementerian itu, pihaknya telah mengesan sebanyak 22 pesawat tentera China, termasuk jet pejuang J-16 yang menjalankan ‘rondaan kesediaan tempur bersama’ di sekitar Taiwan bersama kapal perang China bermula pagi Khamis.

“Pesawat China telah terbang di ruang udara menghala ke utara, barat, barat daya dan timur Taiwan, dan tentera Taiwan telah dihantar untuk berjaga-jaga,” katanya menerusi laporan itu.

China, yang melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayah pentadbirannya telah menghantar tenteranya di ruang udara dan perairan berhampiran Taiwan hampir setiap hari.

Pihak China mengadakan tindakan yang dipanggil Taiwan ‘rondaan kesediaan tempur bersama’ beberapa kali dalam tempoh sebulan.

Lai Ching-te dalam sidang akhbar sempena tahun baru mengulangi keinginannya untuk bertukar-tukar pandangan dengan China, dan telah berulang kali memanggil untuk mengadakan rundingan tetapi ditolak.

Beliau dan kerajaannya berkata, hanya rakyat Taiwan yang boleh menentukan masa depan mereka, dengan China memanggilnya sebagai ‘pemisah’. – Agensi / HARAKAHDAILY 2/1/2025

Scroll to Top