Tajuddin akui tidak sokong keputusan MKT UMNO

Tajuddin akui tidak sokong keputusan MKT UMNO

zanariah_mutalib@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, mengesahkan beliau di antara ahli MKT yang menolak cadangan supaya UMNO menarik balik sokongannya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, berkata beliau berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Mac lalu iaitu UMNO akan terus bersama Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan.

Tajuddin mengakui, selain beliau, beberapa ahli MKT yang turut sependapat dengannya termasuk Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Datuk Khaidhirah Datuk Abu Zahar.

“Saya tidak menyokong cadangan menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri itu. Pada PAU yang lalu, keputusan sudah dibuat iaitu kita kekal bersama dalam PN sehingga Parlimen dibubarkan, jadi kita ikut keputusan itu.

“Pada mesyuarat malam tadi, kita menyatakan pandangan kita, namun MKT sudah membuat keputusan (untuk tidak menyokong Perdana Menteri),” katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO kepada BH, hari ini.

Berita lanjut menyusul..

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top