“Tak Baik Korang Cakap Saya Tak Ada Job” – Kamal Adli Mohon Netizen Jangan ‘Provoke’ Isteri

“Tak Baik Korang Cakap Saya Tak Ada Job” – Kamal Adli Mohon Netizen Jangan ‘Provoke’ Isteri

Oh! Artis

Kamal Adli tampil betulkan dakwaan negatif netizen, tegaskan dia sentiasa luang masa dengan anak dan isteri.


Pelakon Kamal Adli akhirnya bersuara selepas timbul pelbagai andaian yang dikaitkan dengan rumahtangganya.

BACA: “Harap Qasha Dan Kamal Baik-Baik Je” – Perkongsian Uqasha Senrose Undang Tanda Tanya

Menerusi satu hantaran di Instagram, menegur dan membetulkan beberapa kenyataan yang dianggap tidak benar serta melibatkan maruah keluarganya.

“Tak baik tau buat andaian…”

Kamal menegaskan dia tak pernah mengabaikan anaknya seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Katanya, dia sentiasa meluangkan masa bersama anak perempuannya itu walaupun jadual kerja padat.

Buktinya, pelakon ini berkongsi foto percutian bersama isterinya, Uqasha Senrose dan anak.

Selain itu, Kamal turut menafikan dakwaan bahawa dia sudah lama tidak mendapat tawaran kerja.

Menurutnya, dia hanya mengambil keputusan untuk berehat selama dua bulan demi memberi tumpuan kepada keluarga.

Salah tu, saya purposely tak ambil job selama dua bulan untuk berehat selepas back to back kerja dan pada masa yang sama nak fokus kepada isteri dan anak saya.

“Jangan tinggalkan komen negatif pada isteri saya”

Kamal Adli

Dalam masa sama, Kamal turut menegur segelintir individu yang meninggalkan komen negatif kepada dirinya dan Uqasha.

Katanya, hal rumah tangga bukan perkara yang wajar dijadikan bahan spekulasi umum.

Jangan begitu… urusan peribadi kami biarlah menjadi rahsia kami suami isteri. Kadang penat kerja, kadang stress, tapi kami tetap manusia.

Kamal turut meluahkan rasa syukur kerana isterinya dan anak sentiasa sihat serta dikelilingi keluarga yang penyayang.

Dia juga berharap agar orang ramai terus mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

Pssttt! Tindakan Kamal menjelaskan isu ini secara terbuka menunjukkan kematangannya sebagai seorang suami dan ayah. Kadang-kadang, selebriti juga manusia biasa yang perlukan ruang dan masa untuk keluarga. Semoga Kamal, Uqasha dan anak mereka terus dilindungi dan bahagia selalu.

Kredit: Instagram Kamal Adli
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top