Tak balas mesej di IG, Amelia Henderson teruk dimaki hamun follower ‘koyak’

Tak balas mesej di IG, Amelia Henderson teruk dimaki hamun follower ‘koyak’

Pelakon, Amelia Henderson sememangnya mempunyai pengikutnya tersendiri. Dengan pelbagai drama di kaca televisyen, sudah tentu ‘follower’ media sosialnya turut meningkat.

Dengan jumlah ‘follower’ mencapai 1 juta di Instagram, pastinya ramai yang mencuba nasib meninggalkan mesej ke pelakon tersebut menerusi direct message (DM) dengan harapan dibalas oleh selebriti berkenaan.

Namun, menerusi tangkapan layar DM yang diterima, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson telah dimaki hamun oleh peminat yang mahu soalan yang dihantar menerusi mesej dibalas oleh pelakon itu.

Sehari selepas soalan ‘awak kacukan apa’ tidak dibalas oleh aktes asal  Klang, Selangor itu, peminatnya telah memaki hamun Amelia dengan kata-kata kesat.

Tangkapan layar itu telah dimuat naik pelakon drama Kisah Cinta Kita di ruangan Twitternya dan mendapat pelbagai maklum balas dari warganet.

kebanyakan mereka terhibur membaca isi DM yang diterima Amelia kerana merasakan emosi peminatnya begitu ‘nipis’ apabila terus memarahi pelakon itu hanya kerana mesej dikirim tidak dibuka.

Sumber: Twitter @ameliath