Tak Banyak Tanya, Zizan Razak Terus Minta Nombor Akaun Nak Bantu Amir Raja Lawak

Tak Banyak Tanya, Zizan Razak Terus Minta Nombor Akaun Nak Bantu Amir Raja Lawak

Pelawak Amir Raja Lawak terharu apabila ada beberapa rakan artis yang tampil menghulurkan bantuan serta menghubunginya dan bertanya khabar.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amir turut berkongsikan rakan pelawak lain antaranya Mamat Sepah serta Lando Zawawi turut menghulurkan bantuan.

BACA: “Terima Kasih Kalau Ini Harganya Untuk Penat Lelah Saya”

“Mamat Sepah pun bertanya khabar jugak, cip Lando Zawawi Vrus pun hari tu awal-awal lagi call saya bertanya khabar, bila saya bagitahu keadaan sebenar dan belum habis ayat lagi, dia terus mintak nombor akaun, sangat steady cip.

“Produser, orang belakang tabir, kawan-kawan artis, dan geng pelawak lain pun ada yang ambik cakna jugak, cuma yang 2 orang ni selalu nampak aktif dengan saya, jadi saya sebut nama diorang je la ye,” katanya.

Dalam pada itu, Amir berkata antara yang menghulurkan bantuan iaitu Zizan Razak. Katanya meskipun Zizan tidak mahu kebaikannya diceritakan, namun dia mahu orang tahu pelawak itu ada bersamanya. 

Dalam hantaran berkenaan, Amir turut memuat naik mesej perbualannya bersama Zizan dimana tanpa banyak bertanya pelawak itu terus meminta nombor akaun.

“Yang Zizan ni pulak saya kena bagitahu jugak, kalau ikutkan dia sendiri mungkin tak mahu benda ni diceritakan. Cuma saya nak orang tahu dia ada bersama saya, dan saya saksi Zizan orang yang baik hati 

“Semoga Zizan, dan yang lain-lain semua di bawah rahmat Allah selalu, dijauhkan dari benda yang bukan-bukan.. aamiin ya mujib,” tulisnya.


Scroll to Top