Tak Boleh Duduk Diam Hujung Minggu? Jom Ajak Kawan & Keluarga Lepak Di Paramount Cup Festival 2026 | Oh! Media

Tak Boleh Duduk Diam Hujung Minggu? Jom Ajak Kawan & Keluarga Lepak Di Paramount Cup Festival 2026 | Oh! Media

Artikel Tajaan · Apa maksudnya?

“Weekend ni mana? Lepak jom!”

Dalam group chat kita, mesti ada seorang dua yang jenis tak boleh duduk diam hujung minggu dan akan tanya soalan ni. Ya lah, itu je lah waktu yang ada untuk release stres betul tak?

Haa, kalau korang tengah cari tempat lepak best yang ada macam-macam jenis makanan dan aktiviti menarik, apa kata korang join Paramount Cup 2026 Festival yang akan berlangsung pada 22 hingga 25 Oktober di PLAYA Racquet Club @ PARC Subang!

Rasai Bahang Pertempuran Pickleball Paling Epik!

Mana geng-geng yang suka main pickleball tu, kami yakin korang mesti akan suka dengan festival ni sebab korang berpeluang untuk menonton perlawanan Paramount Cup secara live tau!

Apa yang bestnya, kejohanan ini bukan saja akan mengumpulkan pemain dewasa dan bakat-bakat muda berusia seawal 10 tahun, malah ia juga diselia oleh Pengarah Kejohanan bertauliah PPA. Apa maksudnya?

Maksudnya, mereka akan memastikan setiap perlawanan mematuhi piawaian antarabangsa dalam aspek pengadilan, pengurusan pertandingan dan pengalaman pemain. 

Fuhh, dah macam tengok perlawanan level profesional dah ni! Kot lah lepas korang tengok semua perlawanan ni tiba-tiba korang jadi lagi bersemangat nak perform dekat gelanggang dengan kawan-kawan.

27 Vendor Pamer Karya Tempatan 

Apalah itu festival kalau tak ada vendor-vendor yang mempamerkan karya seni tempatan betul tak? Kalau selama ni korang belum sempat jumpa hasil seni karya tempatan, inilah masanya!

Kalau korang tengok, setiap vendor masing-masing mempunyai hasil seni dan sentuhan unik tersendiri yang cukup menawan tau daripada pakaian, aksesori, produk kesihatan dan macam-macam lagi. 

Bukan itu saja, tak meriah sesebuah festival tu kalau tak ada makanan dan minuman! Haa, dekat sini pun korang boleh santai-santai beli kudap-kudapan tau. Orang kata, sambil menyelam minum air. 

Tunjukkan Sisi Kreatif Dengan Sertai Bengkel Seni & Kelestarian Alam Secara Percuma

Apa yang membuatkan Paramount Cup 2026 Festival ini lebih menarik adalah mereka juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik menerusi bengkel-bengkel seni dan kelestarian alam tau. Paling penting, PERCUMA!

Tak kisahlah kalau korang memang kreatif atau sekadar ingin mencuba, ini adalah satu-satunya masa yang ada untuk korang sertai! 

Fuhhh, ada bengkel buat sabun, bengkel buat charms dan macam-macam lagi! Jadi, sambil-sambil tunggu next match tu, apa kata join. 

Play, Chill & Reconnect, Jom Meriahkan Paramount Cup Festival

Jujur cakap, Paramount Cup 2026 Festival ni dah cukup untuk memenuhi hujung minggu korang tau. Makanan ada, bengkel ada, perlawanan pickleball pun ada, confirm meriah! 

Jadi, korang tunggu apa lagi tu? Jom lah ajak kawan-kawan dan keluarga sertai Paramount Cup Festival yang akan berlangsung: 

Tempat: PLAYA Racquet Club @ PARC Subang

Tarikh: 22 hingga 25 Oktober 2026

Masa: 9 pagi hingga 6 petang

Nak tahu macam mana pelan lantai acara ini, korang boleh rujuk pada posting di bawah:

Maklumat lanjut dan update terkini tentang Paramount Cup Festival, ikuti media sosial di Instagram. 



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top