“Tak Boleh Tidur Fikir Pelanggan Complain” – Intan Najuwa

“Tak Boleh Tidur Fikir Pelanggan Complain” – Intan Najuwa

Pelakon, Datin Intan Najuwa mengakui berdepan tekanan sejak mengusahakan perniagaan kafe miliknya.

Menerusi hantaran di platform Threads, Intan atau nama lengkapnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, dia mudah terkesan dengan setiap aduan pelanggan sehingga mengganggu emosi dan rutin hariannya.

“Sejak-sejak buka kafe ini saya banyak sangat stres. Saya memang jenis cepat stres bila pelanggan complain. Sampai ada yang tegur muzik kuat pun saya tak boleh tidur malam fikir,” katanya.

Tambahnya lagi, perkara itu bukan sahaja bermain di fikiran, malah terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi.

“Sampai termasuk dalam mimpi fikir pelanggan complain,” katanya.

Dalam pada itu, Intan mendedahkan suaminya turut menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan dirinya yang semakin tertekan.

“Suami saya sampai suruh tutup kafe, duduk rumah tenang-tenang jaga dia dengan Lunara. Sebab bila saya stres, satu rumah stres sekali,” katanya.

Scroll to Top