Tak Dibelikan Motosikal, Anak Nekad Bakar Rumah Orang Tua | Oh! Media

Tak Dibelikan Motosikal, Anak Nekad Bakar Rumah Orang Tua | Oh! Media

Seorang remaja yang berusia 21 tahun nekad membakar rumah orang tuanya kerana permintaannya agar dibelikan motosikal tidak dituruti.

Menerusi laporan Tribun Jateng, kejadian berlaku di Desa Gombang, Kecamatan Plumbon, Kabupaten Cirebon, Jakarta pada 5 November lalu.

Tempat kejadian

motosikal

Rumah itu hangus dan hanya tinggal sebahagian kecil sahaja belum terbakar. Difahamkan rumah tersebut milik Junaidi iaitu warga tempatan.

Kebakaran yang terjadi mengakibatkan satu rumah yang terdiri daripada tiga bilik dan satu ruang tamu itu hampir terbakar kesemuanya.

Susulan itu, jiran yang berada di berhampiran kawasan kejadian panik dan mereka berusaha untuk memadamkan api tersebut.

Menurut Ketua Polis Depok, AKP Affandi, dia mengesahkan bahawa kejadian itu berpunca daripada ayah suspek gagal membelikan motosikal yang diminta.

Ayah suspek (yang dikenali sebagai RJ) tidak membelikan motosikal itu kerana dia tidak memiliki wang.

Suspek sempat bergaduh mulut dengan ayahnya pada malam hari, dan pagi kemudian dia membakar bilik belakang hingga terbakar satu rumah.

Dalam pada itu, Affandi juga mengesahkan bahawa tiada kemalangan jiwa yang berlaku dalam kebakaran tersebut. Tambahnya lagi, kini suspek telah ditahan di balai polis Depok.

#OhmediaNasihat

Ketika keinginan kita tidak tercapai, penting untuk bertenang dan berbincang secara baik. Tindakan melampau seperti ini bukan saja merugikan, malah memberi kesan negatif kepada keluarga dan masyarakat. Jadilah lebih bijak dalam menghadapi kekecewaan, kerana setiap masalah ada penyelesaiannya tanpa perlu menjejaskan orang lain.


Scroll to Top