Isteri pelakon Shukri Yahya meraih tumpuan warganet apabila mengeluarkan produk pakaian terbarunya yang dilihat patuh syariah.
Reka pakaian muslimah
Menerusi hantaran di Instagram, Tya atau nama lengkapnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 33, menggayakan pakaian sukan versi muslimah sambil aktif bermain ‘pickle ball’ tanpa menghadkan sebarang pergerakan.
Menurutnya, wanita tidak perlu untuk tampil berpakaian ketat ketika bersukan dan menjelaskan kelebihan pakaiannya itu yang dipercayai cukup untuk menutup aurat seorang wanita.
“Tak semestinya aktif kena ketat, tak perlu risau dengan Covya Hoodie tak akan terangkat sana sini.
“Oversized, labuh depan belakang sesuai buat wanita aktif bersukan,” katanya di Instagram, baru-baru ini.
Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji usahanya untuk menggalakan kaum wanita menjaga aurat biarpun sedang bersukan tanpa menggayakan pakaian yang menampakkan bentuk tubuh.
Malah ada juga yang sebak melihat perubahan isteri Shukri itu dalam menjadi menjadi wanita yang jauh lebih baik dan mendoakan agar dirinya istiqamah berada di jalan yang benar.
Wanita termahal
Contoh niqabis terbaik
Nampak mahal
Artikel lain: Shukri Yahaya makin rajin baca al-Quran lepas isteri berniqab -“Tya bawa aura positif..”
Terdahalu, penghijrahan Tya dikongsikan oleh suaminya, Shukri Yahya selepas pulang menunaikan umrah pada tahun lalu dengan mengenakan niqab dan tampil lebih sopan dengan menutup aurat sepenuhnya.
Sumber: Instagram sigadistya