Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming mengakui tidak kisah untuk menutup kilang selama beberapa hari demi membawa pekerja-pekerja bercuti.
Menerusi video tular siaran langsung di platform TikTok, Aming mendedahkan kos perbelanjaan dan kos kerugian kedua-duanya boleh mencecah hingga RM1 juta.
“Ada dua kos. Kos yang pertama adalah kos untuk bawa staf bercuti seperti makan, hotel, perjalanan, aktiviti dan duit poket.
“Manakala kos yang kedua adalah kos kita tutup kilang… saya tutup lima hari. Kalau campurkan kedua-dua kot itu ianya hampir sejuta ringgit.
“Tetapi kita bukanlah menggunakan wang sehingga sejuta ringgit untuk bercuti. Produciton lost boleh cecah RM700,000 ke RM750,000. Untuk percutian staf dalam RM200,000 ke RM300,000,” katanya.
Namun begitu, pemenang Creator of The Year TikTok Awards 2023 ini menjelaskan bahawa dia akan mengekalkan budaya meraikan pekerja untuk setiap tahun meskipun perlu menanggung kos kerugian menutup kilang.
“Tetapi saya tak kisah, itu adalah kos yang memang saya dah peruntukan setiap tahun untuk meraikan staf. Insya-Allah, kami akan kekalkan budaya seperti ini dan memastikan ada masa untuk bawa staf pergi bercuti walaupun tutup kilang,” katanya.
@khairulamingfans_ 🗣️: ‘Berapa banyak spend bawak staff pergi bercuti?” @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyet #khairulamingtravel
Sebelum ini, Aming menutup kilang selama lima hari bagi membawa pekerjanya seramai 100 orang bercuti ke Pulau Pinang.
Artikel Berkaitan: Terima Surat Penghargaan Rasmi Dari Perdana Menteri New Zealand, Khairul Aming Bikin Netizen Bangga – “Luar Biasa! Influencer Yang Patut Dicontohi Anak Muda”
Artikel Berkaitan: “Lapan Tahun Lalu Saya Rakam Video Pertama Atas Lantai, Hari Ini Dapat Keistimewaan…” – Khairul Aming Masak Untuk Presiden New Zealand
Artikel Berkaitan: Belanja Staff Shopping Raya Setiap Tahun, Pengikut Khairul Aming Berseloroh: “Selalu Boss Orang Je Macam Ni…”




