Pelakon, penyanyi dan usahawan jelita, Nur Fazura berkongsi cara untuk kekal bertahan meskipun menerima pelbagai kritikan di media sosial.
Kata Fazura atau lebih mesra disapa Faz, dia tidak melayan komen toksik netizen kerana tidak membaca komen-komen yang ditinggalkan di media sosial.
Malah, dia sudah ‘lali’ membaca komen kecaman dan kritikan yang diberikan warganet terhadap dirinya.
“Macam mana bertahan? I don’t read. Saya tak baca komen.
“Kalau baca pun tak rasa apa dah,” katanya.
Bagaimanapun, Faz berkata, selagi komen toksik yang ditinggalkan warganet itu tidak menyentuh perihal keluarga serta anaknya kesayangannya, Fatima, masih baik-baik sahaja.
Namun, memberi amaran sekiranya komen yang ditinggalkan bertujuan menghina dan mengutuk anak, keluarga mahupun Allahyarham bapanya, dia tidak akan teragak-agak untuk bertindak.
“Melainkan ada orang menghina anak saya, atau arwah bapa saya atau keluarga saya yang tu you don’t touch.
“About me, saya boleh tahan tapi kalau dah melampau sangat yang tu…,” jelasnya.




