Tak letak syarat calon suami, Dayang Nurfaizah cakap kalau boleh nak kahwin esok!

Tak letak syarat calon suami, Dayang Nurfaizah cakap kalau boleh nak kahwin esok!

Penyanyi berlunak merdu, Dayang Nurfaizah menyatakan dirinya tidak meletakkan syarat untuk lelaki yang mahu menjadi calon suami, malah jikalau boleh nak kahwin esok (kadar segera).

Dayang tak letak syarat calon suami

Menerusi temu bual bersama mStar, pelatun lagu Dayang Sayang Kamu berkata, dirinya tidak meletakkan sebarang syarat atau kriteria tertentu apabila disoal mengenai jodoh atau calon suami.

Tegas pemilik nama Dayang Nurfaizah Awang Dowty berkata, bukannya dirinya menolak jodoh, sebaliknya ‘dia’ belum tiba selain mencari seseorang yang memahami dan mempunyai keserasaian bersamannya.

“Bukanlah tak nak, nak tapi masih tiada jodoh… nak cakap pasal jodoh ni pun saya susah sebab kadang-kadang ia ada depan mata, kena tengok juga sebab kerja macam saya ni perlu cari seseorang yang memahami serta keserasian itu yang penting. 
“Dayang tak pernah letakkan syarat tertentu kalau bab jodoh ni,”katanya.

Dayang tak terasa sering ditanya soal jodoh

Dedah penyanyi berusia 42 tahun, dirinya sering disoal mengenai jodoh seawal usia 18 tahun lagi ketika awal pembabitannya dalam industri seni hiburan.

Bagaimanapun, Dayang tidak pernah terasa dengan soalan ‘jodoh’ dan ‘calon suami’ yang sering diajukan kepadanya. Sebaliknya, memohon orang ramai mendoakan dirinya agar cepat bertemu jodoh.

“Saya tak pernah terasa pun dan doakan yang terbaik untuk saya semoga cepat dipertemukan jodoh okay amin,” katanya lagi.

Sebelum ini, Dayang pernah digosipkan menjalin hubungan percintaan dengan penyanyi Hael Hussaini kerana mereka dilihat akrab.

Sementara itu, penyanyi kelahiran Sarawak turut berkongsi ‘tips’ sihat yang diamalkannya untuk kelihatan lebih bertenaga dan mengekalkan tubuh badan langsing.

Video penuh:

Sumber: YouTube mStar Online Malaysia