Tak Mahu Bertindak Ikut Emosi, Mia Sara Ada Sebab Lambat Pertahankan Diri Konflik Dengan Puteri Balqis

Tak Mahu Bertindak Ikut Emosi, Mia Sara Ada Sebab Lambat Pertahankan Diri Konflik Dengan Puteri Balqis

Pelakon, Mia Sara Nasuha akhirnya tampil menjelaskan sebab dia memilih untuk tidak terus bersuara susulan konflik yang tercetus antara dirinya dan aktres, Puteri Balqis.

Menurut Mia, tindakannya berdiam diri sebelum ini bukan kerana takut atau mengelak, sebaliknya mahu memberi ruang kepada pihak terbabit untuk berfikir secara rasional sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Mia berkata dia masih mempunyai empati dan tidak mahu isu tersebut berlarutan sehingga melibatkan tindakan undang-undang.

“Saya nak bagi ruang untuk pihak sana berfikir, kalau boleh tak nak sampai mahkamah sebab akan menyusahkan pihak sana. Saya masih ada empati.

“Saya tak kata saya tak nak teruskan dengan saman, cuma memberi amaran supaya mereka ada masa untuk berfikir secara rasional

“Tapi seperti yang saya katakan, kalau masih nak memburukkan saya akan teruskan,” katanya.

Dalam platform sama, aktres berusia 21 tahun itu menjelaskan dia enggan bertindak dalam keadaan emosi kerana bimbang perkara tersebut hanya akan mengeruhkan lagi situasi.

“Bila kita terburu-buru untuk berkata dengan perasaan marah, yang keluar nanti caci maki sahaja.

“Bila kita tenang dan sabar, baru boleh berfikir secara rasional dan jawab berasaskan fakta, bukan emosi,” katanya.

Sebelum ini, Mia mencuri tumpuan apabila meleraikan spekulasi berhubung isu buli yang didakwa oleh Puteri Balqis.

Terdahulu, Mia mencuri perhatian apabila tampil meleraikan spekulasi berhubung dakwan buli yang didedahkan oleh Puteri Balqis.

Mia menegaskan dia sama sekali tidak pernah membuli aktres berusia 18 tahun itu, dan memaklumkan mereka hanya pernah berjumpa sekali sahaja.

Dalam masa sama, Mia turut mendedahkan dia sudah berusaha untuk berkomunikasi secara baik dengan Puteri Balqis, namun mendakwa semua akaun media sosialnya telah disekat.

Bagaimanapun, Mia memberi bayangan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya namanya terus diburukkan.

Artikel Berkaitan: “Yang Makan D*dah, Minum Ar*k, Gugurkan Anak Bukan Aku, 100 Peratus Kau!,” – Puteri Balqis Gesa Mia Sara Mohon Maaf

Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Bongkar Mesej Kawan Rapat Mia Sara, Cerita Sisi Gelap Didakwa Libat Pergaulan Bebas & Pengkhianatan

Scroll to Top