Tak main bola, Arif Aiman jual burger

Tak main bola, Arif Aiman jual burger

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Peminat bola sepak tempatan khususnya penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) teruja melihat ‘aksi’ dan ‘skil’ terbaharu bintang bola sepak negara, Arif Aiman Hanapi memperagakan kebolehan memasak burger.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh dzarulaiman di platform Thread menyaksikan Arif Aiman cuba menjual burger sambil menyediakan sendiri dengan memasak dan membungkus pesanan yang diterima.

Video itu menarik perhatian ribuan peminatnya di laman sosial sambil ada yang menyokong pemain sayap lincah itu memulakan perniagaannya sendiri.

“Arif dah penat nak main bola rasanya asyik injured je, baik jual burger lagi OK tak ada kena pakok kaki,” tulis nizam_segamat sambil meletakkan imoji pembaris dan ketawa.

Sementara itu, ada juga peminat yang mendoakan agar pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga-M) itu segera sembuh dan kembali beraksi memperkuatkan pasukan JDT dan kebangsaan.

“Belum ‘full recovery’ lagi rasanya harap cepat sembuh AA (Arif Aiman) ‘game’ penting dah nak dekat,” kata abgjay.

Arif Aiman difahamkan masih berehat susulan kecederaan dialaminya sebelum ini.

Namun menerusi perkembangan minggu lalu, dia dilihat sudah kembali ke Pusat Latihan Padang Seri Gelam selepas kembali daripada kecederaan hamstring.

Arif Aiman menerima rawatan doktor sukan terkemuka, Lempainen Lasse dan perlu berehat tiga bulan berikutan kecederaan yang dialaminya apabila hanya sempat beraksi selama lapan minit ketika menentang Nepal dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 18 November lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top