“Tak Mampu Beli, Tapi Anak-Anak Kekuatan Saya” – Aliff Syukri Enggan Dedah Harga Jam Qadejah

“Tak Mampu Beli, Tapi Anak-Anak Kekuatan Saya” – Aliff Syukri Enggan Dedah Harga Jam Qadejah

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra menjadi perhatian ramai apabila tular video memaparkan dia meminta jam tangan mewah berjenama Cartier daripada bapanya.

Menerusi sesi siaran langsung, Aliff bercerita mengenai jam tangan mewah tersebut dimana dia menghadiahkan kepada anaknya kerana baginya ada rezeki buat mereka. 

BACA: “Nak Duduk Dengan Abah, Tak Payah Bayar Bil” – Qadejah Nak Kahwin Lambat

Mengakui dia tidak mampu untuk membeli jam tangan berkenaan namun baginya anak-anak adalah kekuatan untuknya untuk terus bekerja keras.

“Sejujurnya saya tak mampu nak beli. Tetapi saya beli juga sebab anak-anak saya adalah kekuatan saya.

“Saya bekerja keras, ada rezeki pun untuk mereka juga..tak banyak tapi sedikit.Walaupun saya garang dan tegas, semua ini untuk anak-anak saya. Sebenarnya sebelum ini dia kena marah sebab pakai jam mama dia,” katanya.

Sementara itu, Aliff enggan mendedahkan harga sebenar jam tangan berkenaan yang merupakan barangan yang diimpikan oleh Qadejah kerana bimbang dituduh riak.

“Ini salah satu barang impian Cess. Tak boleh beritahu harga. Nanti ada orang kata kami ada perasaan riak dan takbur pula. Saya beli bukan niat untuk riak tapi untuk beri inspirasi kepada awak semua kalau ada rezeki lebih,” katanya.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top