Penyanyi terkenal, Nourul Depp memilih untuk kekal tenang selepas ada individu mendakwa dirinya ‘syok sendiri’ apabila mengumumkan rancangan menganjurkan mini konsert pada April 2026.
Menerusi komen di TikTok, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab menjelaskan dia sudah menghasilkan beberapa album dan bukan sekadar popular menerusi lagu duet semata-mata.
Menurut pelantun Kerana Terluka itu, dia menghargai keprihatinan individu terbabit yang bimbang tiket konsert tidak laku, namun tetap mahu fokus kepada peminat yang benar-benar menghargai seninya.
“Terima kasih risau ya. Tapi Puan pun tak follow saya, maksudnya Puan memang tak minat. Jadi tak apa. Saya fokus pada yang suka dan tahu lagu saya.
“Saya ada beberapa album sebelum duet, Alhamdulillah, ada juga lagu-lagu yang orang kenal. Cuma mungkin Puan kenal saya masa zaman duet, jadi Puan ‘mazhab’ lain,” katanya.

@nouruldepp1 Mencari mereka yang bisa organise event setaraf concert. 🎶 Sila contact @ikhsan_eysan manager atau assistant manager @ina_mohd Project assistant @deeyananoor P.A @ninashek18 Terima kasih 💝🙏🏻 #Event #project2026 #miniconcert #nouruldepp33years




