Tak Mudah Tinggalkan Dunia Glamor, Neelofa Pilih Hidup Tenang Lepas Berkahwin

Tak Mudah Tinggalkan Dunia Glamor, Neelofa Pilih Hidup Tenang Lepas Berkahwin

Selebriti terkenal, Neelofa berkongsikan mengenai kehidupan selepas mendirikan rumah tangga daripada dunia glamor ke kehidupan yang lebih tenang.

Menerusi podcast bersama Zayyan, Neelofa berkata transformasi kehidupan meninggalkan dunia glamor bukan perkara mudah.

BACA: Neelofa Lebih Tenang Tak Dedah Wajah Anak, PU Riz Tunggu Sehingga Boleh Dakwah

“Untuk switch pada kehidupan berkahwin dan duduk di sini, buang dunia glamor ini bukan satu perkara mudah. Kebanyakan orang yang melalui semua ini mereka akan mengalami depresi, tak boleh terima hakikat dan sebagainya.

“Namun diawal perkahwinan kami, waktu itu PKP, tak ada anak lagi kami banyak belajar tentang hadis-hadis Nabi tentang kemasyhuran dan dunia.

“Jadi perkara itu banyak membentuk persepsi dan fikiran saya untuk membuang semua kehidupan glamor dengan baik,” katanya.

Menurut Neelofa, ketika di tahun 2020 perjalanan kariernya ketika itu berada di puncak dengan pelbagai peluang mengembangkan kerjaya ke luar negara.

“Saya terfikir juga sebab waktu tahun 2020 sebelum PKP, kehidupan saya sebagai artis berada di puncak.

“Dengan undangan luar negara, saya cuba bina kerjaya di Eropah, Indonesia dan sebagainya. Saya dah bercadang nak sewa apartment di Perancis dan rumah di Indonesia. Saya dah mula buat survey sebab sudah ada agensi di sana,” katanya.

Bagaimanapun, Neelofa berkata selepas dia mendirikan rumah tangga dengan pendakwah PU Riz, eutamaan hidupnya berubah.

“Selepas berkahwin walaupun saya sudah kurang berada di hadapan kamera dan menjadi perhatian ramai tapi memang jauh berbeza rasa tenangnya hidup ini.

“Saya cuba sedaya upaya untuk mengimbangkan dunia dan akhirat. Jadi kehidupan yang Haris bawa dalam gaya hidup kami bersama anak-anak, kami cuba seimbangkan semua.

“Kejar dunia juga tetapi kalau terlalu banyak dunia kita akan serabut, namun kalau ada dunia dan akhirat hidup kita akan okay insya-Allah,” katanya.

Sumber: Podcast Zayyan


Scroll to Top