Pelakon Mia Nasir berkata dia tidak akan sesekali menjadi isteri kedua dan lebih selesa memilih lelaki bujang berstatus biasa.
Memetik mStar Online, pelakon berusia 34 tahun itu berkata lebih baik menjadi isteri pertama serta mempersoalkan mengapa perlu mengambil suami orang.
“Tak pernah ditawarkan (menjadi isteri kedua). Itu adalah benda yang saya tak mahu. Ramai lagi lelaki muda yang belum berkahwin.
“Kenapa kena ambil suami orang? Daripada nak layan anak orang dan isteri pertama, lebih baik saya pilih jadi isteri pertama. Nak jadi permaisuri.
“Kalau tak ada duit sekalipun kita boleh usaha cari sama-sama, bina sama-sama. Kalau awak bekerja di restoran makanan segera sekalipun tak apa. Sekurangnya dia bekerja ada duit yang halal dan berusaha kerja keras untuk kami,” kataya.
Sementara itu, Mia berkata dia lebih rela membujang jika ada suami orang yang cuba mendekatinya. Tambahnya, kewujudan penyondol tidak akan berlaku jika tiada pihak yang memberi ruang.
“Saya rela membujang daripada jadi isteri kedua atau berkongsi dengan sesiapa. Suami orang bye bye.
“Saya memang tak akan layan. Benda ni jadi sebab salah seorang melayan. Kalau lelaki itu cuba tapi tak layan memang takkan jadi,” katanya.
Sumber: mStar Online




