“Tak Normalisasikan Budaya Songsang, Saya Hanya Kongsi Iktibar” – Ieda Moin

“Tak Normalisasikan Budaya Songsang, Saya Hanya Kongsi Iktibar” – Ieda Moin

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin akhirnya tampil menjelaskan isu tular mengenai kenyataannya sebelum ini yang dianggap menormalisasikan budaya songsang.

Kata Ieda atau nama lengkapnya, Siti Haida Abdul Moin berkata,  kontroversi timbul selepas warganet menilai klip suntingan pendek yang tular di media sosial tanpa memahami konteks perbualan tersebut.

Jelasnya, dia langsung tidak pernah berniat untuk menormalisasikan budaya tersebut seperti yang didakwa.

“Semasa bercerita, suami dan anak pun ada di depan saya. Mereka hanya tengok klip suntingan pendek dan terus menuduh saya menormalisasikan budaya songsang.

“Saya tak pernah galakkan sesiapa melakukan perkara itu. Saya cuma bercerita supaya ia dijadikan iktibar,” katanya.

Ieda berkongsi perkara itu pada sidang media drama terbaharu Akasia berjudul, Sumpah Ibuku yang diadakan di Balai Berita, Bangsar baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ieda turut meminta pihak produksi untuk menurunkan video berkenaan kerana enggan sebarang masalah berbangkit timbul hingga menjejaskan keluarganya.

“Bila komen makin teruk, saya minta Aidid turunkan video itu.

“Saya tak mahu ia sampai kepada keluarga dan timbul salah faham. Sekarang semuanya sudah reda,” jelasnya.

Terdahulu, Ieda dianggap membuka aib sendiri apabila berkongsi mengenai pengalaman peribadinya itu.

Scroll to Top