“Tak pasal2 dapat cium free..” – Netizen kecam video Zarina Anjoulie & Iqram Dinzly

Sebuah video pendek memaparkan pelakon kontroversi Zarina Anjoulie bersama rakan artis, Iqram Dinzly yang dimuat naik di laman Instagram MIG Online mengundang perhatian warganet, minggu lalu.

“Bestfriend be like… korang ada bff yang sayang macam ni tak?,”

Menerusi laporan Cari Forum, Zarina atau mesra dipanggil Anju didakwa memaut pinggang Iqram sambil bertanya sekiranya mempunyai kata-kata semangat yang boleh diberikan kepada orang ramai.

Selepas memberi kata-kata hikmah, rakaman berdurasi 16 saat itu turut memperlihatkan Zarina berkata “why are you so cute” (kenapa kamu comel sangat) selain didakwa sempat mencium pipi Iqram.

Berikutan itu, posting tersebut dihujani kecaman warganet dengan mengucap panjang apabila melihat aksi mesra kedua-dua pelakon berkenaan yang disifatkan tidak menjaga batas.

Bagaimanapun, ada juga segelintir warganet mendoakan agar mereka berdua diberikan petunjuk dan kembali ke jalan yang benar.

Namun, tidak dapat dipastikan bila video itu dirakam dan dikongsi di platform mana sebelum dimuat naik semula oleh Instagram MIG Online berkenaan.

Sumber: Cari Forum , Instagram MIG Online